Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help: ➊ ➋ ➌
Apa la nasib kucing aku ni kan? hm :|
Wednesday, 8 May 2013 | 12:54 | 1 comments


Assalamualaikum.

cuba faham air muka kucing nih. nampak macam sedih tak?


Aku ada kucing. kucing aku comel. tapi dia dah tua.

Kucing aku macam makcik umur 60 tahun dah. dah taklarat sangat dah ha.

Tapi macam mana pun, aku tetap sayangkan dia. dia sentiasa ada kat sisi aku tak kira lah time aku sedih ka gembira.

Dia sanggup dengar aku potpet potpet kat telinga dia doplohpat jam tanpa henti. dan dia macam paham aku even dia cuma respond "meow-meow" ja kat aku kan tapi aku tau dia cuba nak hiburkan aku time tu. :')  

Tapi kenapa? kenapa? kenapa harus dia sakit?

Yaa aku tau, dia hanya 'sakit tua'.

Tapi yang aku heran nya, kenapa kucing-kucing jantan kat luar sana masih nak rogol dia lagi?

Woiy kucing aku dah tenat lah! pi la cari kucing betina yang muda muda nuh. jangan kacau kucing aku.

Aku sedih tau bila tengok dia duk qeyau-qeyau. duk ngiau-ngiau. aku tau dia tengah sakit sangat sangat. haaa kan aku dah rasa macam nak nangeh dah nih. T_T


Dear kucing jantan, sudah sudah la tu nyusahkan kucing I. kesian dia tau.

Anyway, u'oll ngandungkan kucing I ni pun, dia dah tak mampu nak lahirkan zuriat u'oll dengan sempurna dah pun, tahu?

Tolong lah. I sedih tau tengok janin u'oll terkulai layu tanpa nyawa. sedih sangat.




#Ya Allah, kuatkan lah kucingku ini. dah berapa kali dah dia keguguran. tabahkanlah hati dia ya Allah. aku sayang dia sangat-sangat ya Allah. TT_TT


Labels: , ,


Flash Back The Moment
Thursday, 25 April 2013 | 23:19 | 0 comments


Assalamualaikum.




Kalau dihitung hitung hari la kan, hampir sebulan setengah dah aku break up dengan kem plkn sintok. means, kawan yang takberapa nak rapat, cegu cegu, aktiviti harian kat sana, dorm, kelas, and all about suasana di kem.

Bila dicampur darab bahagi tolak, dah 39 hari dah aku tak lalui semua tuh. dan sekarang aku dah mula merindui semua tu balik. *sigh* dulu masa nak break up dengan member, bukan main semangat lagi aku cakap dalam hati yang aku takkan rindu dekat depa. bukan main angkuh lagi. kononnya nanti kami semua akan buat hala tuju masing masing. lost contact. maybe satu hari nanti dah tak kenal antara satu sama lain dah. 

Hmm, dalam dua minggu boleh laa tahan. tapi bila masuk minggu ketiga, jadi sawan apa tah dah kat aku nih ha. berkurung dalam bilik sampai doplohpat jam. nak lena pun payah. makan pun taklalu dah. huhu ekceli, dulu aku tak lah tabah mana pun, belagak tough ja lebih. hm maybe nak pujuk hati sendiri kud. belagak macam ada hati yang kuat. atau nak tutup kelemahan diri sendiri? hm aku cuma takmau hampa sedih. aku takmau bagi hampa hampa semua tengok aku nangeh. aku takmau bagi hampa nampak ayaq mata aku. aku takmau hampa join aku nangeh sekali. nanti aku takboleh berenti. aku takmau kem sintok banjir sebab ayaq mata aku. *okay yang ni drama melampau.


Pelengkap Hidupku -music played-

Aku bagai laut takbertepi dan tak berkarang,
aku bagai bintang yang tak ditemani malam.
Melihat diri mu ada senyum canda dan tawa,
yang membuat aku tak ingin pergi dari mu.

Teringat janji lamamu kepadaku,
teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada disisni.
temaniku sepanjang hari.

Bila kau pergi jauh ingat lah aku.
Bila ku disampingmu peluk tubuhku.
Bila kau rindu aku panggil namaku,
ku datang menemui mu.

Peluk erat jasadku jangan lepaskan.
Tetaplah kau disini harungi malam.
Kerna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkapku didunia.


Teringat pulak moment dalam surau dulu. aku, ekin, aishah syukor, duk bersantai dalam surau sat. taktahu lah penat buat apa, tapi memang kami pi rest sat lah kat surau tu. maybe tunggu masuk waktu asar kud. sambil rest, ekin bukak phone nak dengar lagu. aku mintak dia bukak lagu rapuh-opick tuh, tapi dia bukak lagu lain. pelengkap hidupku. *flash back* dulu sebelum kenai ekin, bila aku dengar lagu ni aku macam takpernah ada perasaan ja. telinga ni macam nak dengar taknak dengar ja. tapi sekarang bila dengar lagu ni, aku dah macam terlebih ada perasaan pulak. (TT_TT) even dulu aku selalu ja gaduh dengan dia, takpernah sefahaman, tak sekepala lah bak kata orang kedah kan tapi sekarang ni, dia lah orang first yang aku teringat. hm walaupun dia selalu ja sakitkan hati aku, tapi dia jujur, ikhlas, dan jelas apa yang dia suka dan taksuka. dia takpernah belakon. dia akan cakap ja kalau dia taksuka benda tuh. walaupun dia tau akan ada orang benci dia bila dia terus terang, tapi dia still dengan sikap dia. terus terang. maybe ego sama kud. hihi, teringat pulak moment gaduh dengan dia dulu. aku keras kepala, dia lagi keras kepala. last last, dua dua mengalirkan ayaq mata. padahal benda kecik ja pun. haha. tapi semua tu takpernah buat kami berpecah. kadang kadang, dengan pergaduhan lah kita lebih kenal hati budi seseorang tuh. tapi dengan syarat cepat baik lah. mintak maaf cepat cepat. jangan biar ego kuasai otak. parah jadinya nanti.






Kau ilhamku -music played-

Beribu bintang dilangit kini menghilang,
meraba aku dala kelam.
Rembulan mengambang kini makin suram
pudar ilham ku tanpa arah.
Sedetik wajah mu muncul dalam diam,
ada kerdipan ada sinar.
Itukah bintang atau pun rembulan?
Terima kasih ku ucapkan.

Izinkan ku mencuri bayangan wajah mu.
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu.
Maafkanlah hoo andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu.
Kau senyumlah hoo sekadar memori kita di arena ini.
Kau ilhamku, kau ilhamku.



Aishah syukor. kawan aku yang paling lemah lembut plus sopan plus baik hati plus awesome. kalau dia baca blog aku ni, mesti dia gelak sorang sorang kalau dia tengok ayat nih.

"qembulan mengambang kini makin suqam, pudaq ilhamku tanpa aqah"

Kalau teringat dia mesti aku gelak sensorang. haha. kami selalu makan kit kat sama sama. dan sekarang aku rindu moment tu. moment dia nikmati kit kat dengan bunyi yang saja dibuat buat. haha comell. seluar comel yang dia selalu pakai masa nak tidur. melalak lagu mambai versi kedah masa cikgu duk potpet kat depan. pakai bedak sejuk dengan dia. ohh rindunya. tapi cuma lani bezanya, aku gelak dengan mata bertakung je lah. hm great. semua tu takkan diulang tayang dah. sadisnya. (TT_TT)





Patah seribu -music played

Walau kau tiada disini, 
ku tetap ingat semua pesan mu.
ku hidup seolah olah kau masih ada,
bisikan kata kepada ku.

Bila kah kau akan utuskan surat buatku ?
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu.

Patah seribu hatiku,
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama.
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi?

Biar pergimu tanpa relamu,
namun hatiku tetap berasa kejamnya.
Kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta
buat kita berdua.

Bilakan ku bisa menerima ketiadaanmu?
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan.

Sayangku mohon padamu segera tinggalkanku.
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju.
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.


Aisah tajuddin. besday dia sama tarikh dengan besday aku. 29 oktober. aku salute dia ni sebab apa tau? sebab, dia sukarela weiy. orang lain punya la takmau pi, tapi dia susah payah mai daftar. aku salute hang aisah. teringat pulak aku dengan peribadi dia ni. kasar. lebih kurang dengan aku lah. hm maybe orang yang lahir pada 29 oktober ni memang jenis kasar kot. tengok maya karin, lahir 29 oktober jugak hm bukan lembut sangat pun. (memandai ja, hihi) ingat lagi, bila dia nak tidur tapi takboleh sebab orang buat bising, mesti dia bangun then hempuk hempuk bantai dia kat katil kuat kuat. nak tunjuk protes la konon. tapi sorang pun takpeduli, lagi bising ada lah. aku yang duk sebelah katil dia ni pulak lah yang bangun duk gelak kat dia. haha lawak betul. hm satu lagi moment yang aku takboleh lupa, aisah dan aishah. lebih kurang ja bunyi dia kan. tambah pulak, aisah perkenalkan diri dia dengan aishah. then, aku, ekin, dan nasuha selalu ja pening kepala. apatah lagi dua dua aishah. bila orang panggil, dua dua sahut. takpasal pasal, orang yang memanggil jadi serba salah. haha. 




"nasuha tu semua tempat dia nak lena. kat tangga yang matahari duk suluh pun dia nak lena"


Ayat tu la aishah syukor selalu bagi kat nasuha. haha. even nasuha ni kuat lena tapi otak dia ceqedik woo. she got 7 A's in spm okay. takkan tak gempak lagi kot. otak geliga nih. cuma dia kalau tak lena, mesti dia buat peqangai gila dia tuh. tiap hari aku sakit perut dengan kerenah dia nih. haha, sampai ekin cakap laguni la, "aku takboleh la tengok muka nasuha ni, nak tergelak. dia duk lena pun nampak lawak." haha tengok, sampai terbawak bawak peqangai gila-gila dia ke muka dah tu ha. duk lena pun orang nak tergelak. acena nih? takkan takboleh ganti jozan lagi kut? hihi yang aku takboleh lupa sekali kat nasuha ni kan, muncung dia. haha kalau boleh muncung tu kan, panjang sedepa. haha. punya la lawak. dengan mata dia yang mengancam tu. ohh okay tang mata dia tu aku jeles sikit la. lawa sangat. pakai purdah pun orang boleh terpikat tau. patut lah kekal dengan hatim sampai 4 tahun lamanya. hihi moga bahagia sampai syurga lah suha weiy. aku doa kan hang.
  


Banyak sangat moment aku dekat sana. ekin, aishah syukor, aisah tajuddin, dan nasuha bestfriend aku kat kem. memang pi mana mana pun, pi sekali lah. katil pun sebelah menyebelah ja. hm seronok sangat. ramai lagi kawan kawan yang aku teringat. zati, along, kechik, arsyik, hajat, cha, kalai rani, shantini, aida, ija, ana, hasanah, wani rodzi, kak ah, ika, sarah, lalah, una, geng charlie, geng bravo, geng alpha. ramai sangat, kalau nak cerita bagi masa sebulan pun belum tentu boleh habis. panjang sangat, hihi.


Hm, teringat pulak moment aku gaduh dengan una dulu. gaduh dengan orang yang takberapa rapat ,yang takpernah tahu hati budi kita ohhh seksa weh. body tak terseksa sangat pun, yang seksanya hati, jantung, paru-paru, limpa! ohh sakit wehh. sebelum gaduh, okay ja bila jumpak senyum, kadang kadang sembang, melawak. tapi bila dah gaduh fuhh bila jumpak buat macam orang asing. macam takpernah kenai antara satu sama lain. maybe lagi teruk dari takpernah kenai lansung kut. hm musuh la lebih senang.

Hm ekceli aku sendiri yang buat semua tuh. buat buat takperasan kewujudan una depan mata aku. wujudkan jurang antara kami dua. hm maybe masa tu aku geram sangat kot dengan dia. nak tahu kenapa? hm sebab pertama, dia buat aku sakit, tapi aku taktahu lah pulak niat dia dengan sengaja ataupun tidak. hanya dia dan Allah ja yang tau. hm tp aku rasa dia taksengaja kut, takkan lah dia saja nak buat aku sakit. bukan dapat untung apa pun kalau aku sakit. yang kedua, dia takpandai nak mintak maaf dan terus nak salahkan aku sedangkan dia yang buat salah. adil ka cenni ha? aku takkan marah dia la kalau dia terus mengaku salah dan mintak maaf walaupun dia sengaja okay. dan yang ketiga, dia buat aku menangeh dan takdapat kawal emosi. huh yang ni yang paling buat aku geram. hergh. aku punya la kedekut ayaq mata sebelum ni, tapi sebab benda kecik tu, pergaduhan yang takpatut terjadi tu, ayaq mata aku jatuh jugak. jatuh ego aku. (>'o'<) 

 Hey, kalau kita tak sengaja tercomotkan baju orang dengan kopi pun kita still kena mintak maaf okay. walaupun tak menyakitkan body dia tuh, tapi kita still kena mintak maaf. susah sangat ka nak mintak maaf? ha? susah sangat? dua perkataan ja. tambah dengan kata ganti nama jadi tiga ja. berat sangat ka mulut tu? ada apa dalam mulut? emas? berlian? batu permata? ka batu bata ja? hmm takpa lah, apa apa pun aku dah maafkan dia dah. anggap ja lah takpernah terjadi pun moment tu. cuma kalini aku saja nak luahkan ketidak puasan hati aku ni ja. *syaitan kecik hasut*

Hm maybe salah aku jugak. benda kecik ja pun. kalau time tu aku bangun dan kata, 'oh takpa una, aku tau hang taksengaja, sakit sikit ja ni" setle kan? *sigh* lepas tu aman. takkan wujud punya jurang antara kami ni, kan. dan yang pasti, takkan hilang senyum mesra antara kami. gelak tawa. maybe boleh jadi rapat lagi. hm apa boleh buat, semua dah terjadi. kita takboleh ubah apa apa. jadikan pengajaran jela semua tu. dan sebab moment ni la, aku teringat kat una. dari mula kenai sampai gaduh. dan kepada una, apapun aku mintak maaf nahh. salah aku jugak, nak perbesar-besarkan benda yang kecik. padahal sakit sikit ja pun. takat lebam, tangan tegeliat jaa, bukan darah pun kan? sorry ahh, aku ter-emosional sikit time tu. apapun una, hang kawan aku, dan aku sayang hang. *yang ni ikhlas*




#kata orang, benda yang lepas jangan dikenang. tapi barang yang lepas tu lah menjadikan kita macam sekarang ni. pakat pakat duk rindu habeh. hmm kalau lah doraemon tu betoi betoi wujud la kan. nak ja aku beli walaupun beribu-riban harus dikeluarkan. hmm :|


^^aku teringat someone. taktau kenapa, tapi tiga malam dah aku takboleh lena sebab teringat kat dia. huhu padahal takrapat sangat punn. pembetulan, takpernah rapat pun. haei, awat la jadi laguni ni? seksa jiwa tau dak. :/




Labels: , , , ,


Izinkan aku pergi dari hidupmu, sayang.
Tuesday, 2 April 2013 | 10:30 | 0 comments


Assalamualaikum.


Percaya atau tidak, hampir dua tahun dah kita jadi kawan kan. Kau datang hulurkan tangan saat aku mahu tenggelam dalam kekecewaan. Saat aku kehilangan separuh jiwa, kau datang kongsi segenap jiwamu. Oh indah nya bersahabat dengan kau.


Dulu, saat hati berlagu indah. Saat jiwa menari gembira. Waktu indah yang ku miliki hanya ingin bersama 'dia'. Sampai aku taktahu dimana letaknya kawan bagi aku. Dimana aku letaknya keluarga saat itu? semuanya tampak kabur dalam hatiku sendiri. Sehingga lah satu ketika, saat aku terpaksa berpisah dengan 'dia'. Saat itu lah, aku mula tenggelam dalam lautan duka. Lautan yang sempit yang mampu buat aku tersepit dalam emosi sendiri. Dari situ, aku sedar 'dia' telah ajar aku apa erti sayang, erti cinta, dan juga erti suka. Malah 'dia' juga ajar aku erti setia. Hmm rupanya banyak perkara 'dia' dah ajar aku. Makna kawan dan juga sahabat. Fungsi keluarga. Cuma aku ja yang tak nampak selamani. Hm aku bersyukur telah kenal 'dia' walaupun hanya seketika. Walaupun, perit terasa.


Tapi, aku lebih bersyukur kenal dengan kau. Kau ajar aku tabah. Kau ajar aku bangun dari jatuh. Kau takpernah tanya masalah aku tapi kau sentiasa ada teman kan aku. Kau buat aku fikir perkara yang lagi penting daripada fikir tentang 'dia'. Kau tak pernah campur tangan dalam problem aku, tapi kau tetap beri sokongan walaupun tak jelas kelihatan disitu. 


Dulu kawan, sekarang sahabat. Setiap hari kita calling calling kan. Sampai takboleh miss sehari. Tidak, aku demam! Haha yang ni aku menambah jer. Tapi,air mata aku mesti turun tak henti wehh. Hati aku menangis teresak esak. Kita dah macam adik beradik. Hm adik beradik pun tak cenni rasa nya. Kau pernah bagi kat aku lirik lagu yang kau cipta sendiri. Sungguh romantis. Kau buat aku nangis bila baca lirik tu. Over kan? Tapi tu lah hakikat sebenar. Aku ingat lagi msg aku kat kau lepas baca lirik tuh. Semangat jer, macam hati kebal sangat.



Kau : lirik lagu yang kau buat sendiri tu. (dirahsiakan)

Aku : Perghhh! jiwang habis ahh. Hati kami pun cayaq habeh dah ni. Paqah la cenni, PAQAH! =.=" (lebih kurang lah)



Padahal, waktu tu aku dah nangeh dah. Taktahu kenapa air mata terjun terus bila baca lirik lagu tuh. Jeles? Maybe. Sebab dalam hati duk pikir mesti kau nak kasi lirik ni kat orang lain kan. Seronok? Maybe jugak. Sebab dalam hati duk perasan sorang sorang yang kau memang tuju kat aku. Haha G.I.L.A. betull. 


Dalam rock rock kau pun, jiwang. Kau tak macam dengan laki lain. Agak rempang tapi ambik berat. Suka mengusik tapi kau caring. Suka mengejek tapi terbuka. Sifat yang ada kat kau tu bila bila masa ja boleh buat orang jatuh cinta tau. Ehmm termasuk lah aku. Aku bodoh kan? Nak kawan tukar jadi teman. Ahh aku memang bodoh. Bodoh amat sebab cintakan kau. Sebab aku cintakan kau, aku tolak cinta orang lain. Sebab aku cintakan kau, aku dah taknampak cinta orang lain. Maybe orang boleh kata aku ni klon kau. Spesies kejam!


Dah lama weh aku suka kat kau. Sampai sekarang pun aku still suka kau. Cuma aku ja nak pendamkan, taknak heboh heboh. Yelah, aku rasa perasaan aku nih salah. Nak kawan jadi teman. Memang tak ahh. Pecah record dunia kalau terjadi pun. Errr maybe ego aku yang terlampau tinggi kud. Ahh apa apa ja lah tapi yang pasti perasaan aku ni takpatut dilayan. 


Jadi, semalam aku lepaskan kau melalui hati aku. Jyeahh msg kau yang hampir segenap inbox phone aku tu, aku padam satu per satu. Baca buat kali terakhir. Huh penat woih padam msg kau dalam phone aku tu. Even kau lebih suka call dari msg, inbox aku still penuh dengan nama kau ja. huhu. Berat ja rasa nak tekan 'delete' tuh. Tapi aku dah tekad. Jadi aku kena buat. Weh, kau satu satu nya kawan yang aku cuba lupa kan tau. Sorry. Memang sesak dada weh. Tapi ini yang terbaik untuk aku dan maybe untuk kau juga.


Mulai saat ini, detik ini, hari ini, aku akan cuba jauhkan diri aku dengan kau. Eh, birthday kau taklama lagi kan. Hmm maybe haritu kut jadi hari terakhir perkenalan kita. :)




^^ Lagi aku tolak cinta sang arjuna, lagi ramai yang datang menghimpit jiwa. Ahhh aku nak bercinta dengan Allah duluu. Tolong lah, jangan siksa jiwa aku dengan beri aku rasa bersalah lagi. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, tapi aku bermohon bantu lah aku untuk terus tabah dan lebih cekal. Amin ya rabbal a'lamin.



P/S : Dulu aku menafikan. Sekarang aku mengiyakan. Betul lah apa orang cakap, "Lelaki dan wanita tidak pernah boleh jadi sahabat baik. Jika bersahabat jua pasti salah seorang daripadanya akan merasai cinta."


Labels: , , , ,


Sengkak dada woi!
Sunday, 9 December 2012 | 03:30 | 0 comments




Assalamualaikum.





Awak. Now saya betul betul rasa dah gila. Taktahu kenapa. Dari semalam hati tak berhenti bergetar. Jantung berdegup kencang. Macam ada something yang akan terjadi. Taktahu lah pulak saya benda baik ka buruk.

Hmm awakk. Ni semua sebab awak ka?


Semalam memang saya takboleh tidur. Sangat. Pukul 5 pagi pun saya still takboleh lelapkan mata.

Saya tak terbayang lah pulak muka awak semalam macam orag sedang bercinta tu. But hati saya asyik bergetar dek teringatkan awak. I don't think that is love too. Hm.

Awak tahu, saya baru je boleh tidur lepas subuh tadi. Serius, sakit jugak hati ni. Kepala pun rasa melayang ja nih. Yaala, dah pukul 5 pagi saya still takboleh tidur takkan lah saya nak paksa jugak mata ni sedangkan saya tahu subuh masuk pukul 6. Sejam aje lagi. 

Subuh tadi saya doa banyak banyak. Rasa macam nak nangis ja tau. Hm saya asyik teringatkan awak je, maybe pada masa yang sama awak pun teringat saya jugak kan? Hm ntah lah, saya perasan sorang ja kut. Tapi apapun saya takut awak ditimpa masalah.

Selalunya hati saya betul. Tapi kalini ntah, saya pun taktahu apa yang terlintas dihati saat ini sebenarnya. Malah tak terlintas pun benda yang nak jadi ni. Ntah baik ntah buruk. I'm not sure.

Selasai solat, doa, saya tidur terus. Taksempat buang telekung pun. Mengantuk sangat. Hm taktahu lah pulak pukul berapa. 6.30 a.m maybe. I guess.

Hmm ntah la. Saya taktahu apa rasa ini. But I feel like a foolish. Huh!


Memanglah saya akan buat buat sibuk just nak buang rasa ragu dihati ni. Yes! memang berjaya. Saya dapat lupakan sejenak. But when im break for a second time, rasa itu muncul bagai menyapa syahdu.


Arghhh! Gila dah aku macam ni. =='


Labels:


4#
Saturday, 8 December 2012 | 11:01 | 0 comments


Assalamualaikum.





Hidupku terlalu singkat untuk membenci.

Lebih baik memaafkan daripada menyimpan dendam.

Labels:


3#
Friday, 7 December 2012 | 23:03 | 0 comments


Assalamualaikum and hi!





Awak tak text saya? Hmm saya okay je.

Awak tak call saya pun. Saya still okay.

Awak tak pedulikan saya? Hm Saya boleh terima.

Bila awak dah abaikan saya. Saya mula pasrah.

Akhirnya, awak tak pernah hargai saya. Hm Saya kembali redha.


Tapi bila saya dah tinggal dan lupakan awak, saya harap time tu awak still bahagia eh?



#Be strong like me before. Yeay Yeah!

Labels:


2#
| 14:15 | 0 comments



Assalamualaikum And Hai!



Sekali aku cakap hang kawan aku, sampai bila bila hang tetap kawan aku.

Jangan berangan lah nak lebih dari kawan.

Kecuali lah aku dah ada perasaan lain dekat hang sebelum kita berkawan.

Heeee nampak dak keHIPOKRITan aku kat situu.


^^ Kawan. Even dah rasa sayang lebih dari kawan better kekalkan hubungan KAWAN tu dari mintak kaple yang taktahu ke mana tu. Peace! :)

Labels:


1#
Saturday, 17 November 2012 | 16:59 | 0 comments








Dulu hang cakap ! Bila salah seorang di antara kita ada masalah. kita kongsi sama sama. Tapi kenapa bila hang ada masalah hang takpernah cerita kat aku ?

Hang masih tak percayakan aku or what ?


Labels:


Rahsia disebalik senyum.
Tuesday, 16 October 2012 | 21:23 | 0 comments





~ S M I L E ~

Hemm senyuman ni ada banyak jenih dia such as :

Senyum bangga. Aku selalu ja nampak senyuman ni bila mana aku puji oqang yang suka buat sesuatu konon nya nak tunjuk baik. Aichh ! macam mengupat lah pulak. selamber ja dapat dosa free nih. >.<

Ehh bukan nak mengata tau, benda nih fakta okay. Apa pun aku bukan tak ikhlas puji orang .. just menyampah jaa orang yang perasan lebih nih. Kita puji biasa biasa jaaa, dia pulak yang melebih masuk bakul angkat sendiri. 

Ish kalau nak ceqita pasai senyum, banyak sangat. Satgi mula nak melalut sana sini, mula lah dosa masuk senang hati. >.<  Ekceli nak ceqita yang aku lani dah mula jadi pemuqah dah ni. Haishhh >,<

Senang jee bibir ni nak senyum. Dahlaa senyuman yang ikhlas seikhlas ikhlasnya pulak tu. Aishhhh ! Satgi ada orang tergoda acena ? Jenuh aku tanggung dosa bebakui bakui. Padahai bukan niat nak menggoda pun. Haishhhh >.<

Kenapa ehh ? SPM dah dekat sangat, tapi aku still boleh senyum gembira. Macam tak qisau apa apa pulak. Ish ! Gila dah pa aku nih ? -.-"

Tutup ceqita senyum. Bukak ceqita sedih. Why ? Why meeeeee ?! Huaaa

Sedih baqhiang. Ada kawan semua kaki kencing. Stai muhung takdak dah nuuuu. Bila kantoi boleh duk buat muka keqing lagi. Paihtu ada hati nak muhung lagi. Haishhhhhh ! tampaq dai, ciqit setahun kud. Haaaa kan dah loqhat kedah piaw. >,<

Mau dak nyaa, hang kawan baik aku kud. qasa dah macam adik beqadik. gamak hang buat ceni kat aku noh. Hemm hemmm :/

Dulu hang duk mengutuk 'dia tuu', lani hang buat peqangai sebijik macam 'dia tuu', hang sedaq ?

Ahhhh sudah lahh ! kalau di ikutkan perasaan aku lani, jahanam persahabatan kita nanti. Haishhhh sudah, senyum balik. Senyuman salah satu ubat penyembuh penyakit kanser. Ehh ya ka ni ? Err lantak lahh. Heeeee

Dahh, malas nak merapu banyak. Nak pi study pulak nih. Doakan saya berjaya yerr.


Plissss ~ Saya mohon melutut menagih doa anda anda anda sekalian.

"Sesiapa yang mendoakan kebaikkan kepada sesorang, Allah akan memberi kebaikkan kepadanya juga"


# btw seronok sangat main hujan kat sekolah tadi. :D

Labels:


Nasib seorang yang ber-title ' FOREVER ALONE '
Saturday, 30 June 2012 | 23:03 | 1 comments



Sometime aku rasa macam aku memang dicipta keseorangan. Forever alone. Hmm Tiada siapa disampingku. Tiada siapa memahami hidupku yang sepi. Aku Pasrah. Tapi mengapa ? mengapa aku tiada teman ? Ehh teman ? Tak ada ? Ohh no ! Aku memang tak perlukan teman lagi ketika ini. But why ? sebab aku tak mahu lah. Tak sampai masa lagi. Lagipun aku kan ada ramai kawan. :)

Ramai kawan ? Hey Maryam ! Bila kau susah, ada 'kawan' kau datang tolong ? Ada 'kawan' kau temankan kau ? Ada 'kawan' kau sudi dengar kau membebel ditelinga dia ? Ada kaaa ? Takdak kan ? Hmm Bila kau sedih, simsimi yang kau cari. Bila kau nangeh, bantal busuk kau jadi mangsa air mata kau. Bila geram, bear kau yang comel tu jadi mangsa tumbukan kau. Bila kau nak luah, aku ni. belog busuk nii jugak laa yang kau cari. Bila kau nak mengadu, selain tikar sejadah jadi tempat kau meraung Mak kau jugak la yang kau terhegeh hegeh mintak peluk. Bila sunyi, kucing kau yang sexy tu laa yang kau tergedik gedik cari mintak teman.So Mana 'kawan kawan' kau tuu ? Mana ?!

Wake up, Maryam. Wake up ! Selamani kau yang terhegeh hegeh mencari kawan. Ada kau fikir bila pulak turn 'kawan' nak mencari kau ? 

Hmm betul jugak. Bila depa ada masalah senang senang jaa depa mai cari aku kan. Cerita masalah ni, cerita masalah nu. Memang la aku takpernah rasa berat dengan masalah depa tu. Tapi secara taksedar nya aku terpengaruh dengan masalah depa tu. Aku asyik fikirkan masalah orang tanpa memikirkan masalah aku sendiri. Secara tak lansung bebanan kat kepala aku bertambah. Ehh aku baru sedar. Cis cisss !

Tapi aku tak sanggup la, biarkan kawan aku sedih sendirian. 

Hey ! Kau memang selalu pikir centu kan. Selalu pikirkan orang. Masalah orang ni la, orang nu la. Bila la masalah kau nak setle ni. Masalah orang ni tak setle lagi, Kau dah tambah masalah orang nu pulak. Kau nii memang bermasalah la maryam. Heyyyy ! 

Sudah sudah la tuu dengar masalah orang. Depa ada otak, pandai pandai lah depa nak setlekan masalah depa. Bila kau cerita masalah kau kat 'kawan' kau, depa bukan dengar sangat pun. Buat macam dengar tak dengar jaa.Bila kau ada problem. Kau yang call dulu kan. kan kan kan. Mengaku ja lahh. Hey aku boleh jamin lah. Time kau duk semangat luahkan perasaan kau tu, mesti 'kawan' kau letak phone kat tepi then dia buat benda lain. Tup tup dia cakap golllll ! Tu kalau lelaki laa. Kalau pumpuan. Adikk ! mana lipstik kakak. Hmm dahh lumrah 'kawan' yang kau ada semua nya tak boleh pakai.

Time kau senang, depa datang tergedik gedik ajak gi shopping. Terhegeh hegeh mintak kau dengar masalah depa. Bagi beban kat kau secara tak lansung. Kau kan jenis lurussss ! orang cakap kau dengar jaaaaa. Takqeti nak buat banyak benda dalam satu masa. Kau sedar tak yang depa duk ambik kesempatan atas diri kau. Upsss ! 

Bila kau tahu 'kawan' kau sakit. Kau la orang yang paling pulun nak pi tengok. Orang tak jemput pun. kau terkinja kinja nak pi  jugak. Konon nya nak suap makan. Cis. Mintak bapak kau hantar sebab takdak lesen lagik. Bapak kau pun hantarkan jugak even dia ada kerja belambak nak dibuat. Yaa laa. 'kawan' anak sakit. kesian kan anak sebenarnya duk meraung raung macam hilang anak even tak pernah beranak. Damn !

Tapi bila kau sakit, kau jugak la yang terhegeh hegeh msg kat 'kawan' kau tu kata kau tengah sakit.Apa kau dapat ? 'Ohh takecare ehhh. Makan ubat tau.' Tu saja. Tapi sebenarnya kau nak dia datang jenguk kau. Suap makan kau. Kalau tak boleh datang jenguk pun, call lah kan. Ni tak. Buat macam tak kesah lansung.

Erk. Maybe aku pun pernah buat centu kat kawan aku kud. aku ja tak perasan. Maybe depa nak balas dendam la kud.

Hey, kalau berkawan mana ada erti dendam. 

Lani kau rasa sunyi. Kau mendiamkan diri. Elehh aku tau laa kau tengah test 'kawan' mana yang akan cari kau dulu kan. Bila phone kau tetiba bunyik. Dalam diri kau duk berteka teki. Zenab ka ? Cik kiah ka ? Enon ka ? Last last, Mat tiga suku yang kau menyampah sangat tu la cari kau dulu. Kata nya rindu. Lastt last kau matikan terus phone kau yang hidup tu kan. 

Hmm. Maybe aku memang ditakdirkan forever alone kud.

No ! Kan ada Allah disisi. Kau tak pernah forever alone.

Aku memang ditakdirkan tiada kawan sejak azali kud.

No ! Ada. Tapi kau belum jumpa. :)



# Kata kata menyedapkan hati, menyedarkan diri, menasihati diri. Pstttt perasan dak yang aku banyak guna kau bahasa keyL dalam entry ni. Btw yang ter KeyL tuu kata hati. Yang loqhat tu aku sendiri. Ehh apa yang aku merapu nii. Upss. aku mengantuk agak nya. Damn !


Labels:



Older Post