
Apa la nasib kucing aku ni kan? hm :|
Assalamualaikum.
 |
| cuba faham air muka kucing nih. nampak macam sedih tak? |
Aku ada kucing. kucing aku comel. tapi dia dah tua.
Kucing aku macam makcik umur 60 tahun dah. dah taklarat sangat dah ha.
Tapi macam mana pun, aku tetap sayangkan dia. dia sentiasa ada kat sisi aku tak kira lah time aku sedih ka gembira.
Dia sanggup dengar aku potpet potpet kat telinga dia doplohpat jam tanpa henti. dan dia macam paham aku even dia cuma respond "meow-meow" ja kat aku kan tapi aku tau dia cuba nak hiburkan aku time tu. :')
Tapi kenapa? kenapa? kenapa harus dia sakit?
Yaa aku tau, dia hanya 'sakit tua'.
Tapi yang aku heran nya, kenapa kucing-kucing jantan kat luar sana masih nak rogol dia lagi?
Woiy kucing aku dah tenat lah! pi la cari kucing betina yang muda muda nuh. jangan kacau kucing aku.
Aku sedih tau bila tengok dia duk qeyau-qeyau. duk ngiau-ngiau. aku tau dia tengah sakit sangat sangat. haaa kan aku dah rasa macam nak nangeh dah nih. T_T
Dear kucing jantan, sudah sudah la tu nyusahkan kucing I. kesian dia tau.
Anyway, u'oll ngandungkan kucing I ni pun, dia dah tak mampu nak lahirkan zuriat u'oll dengan sempurna dah pun, tahu?
Tolong lah. I sedih tau tengok janin u'oll terkulai layu tanpa nyawa. sedih sangat.
#Ya Allah, kuatkan lah kucingku ini. dah berapa kali dah dia keguguran. tabahkanlah hati dia ya Allah. aku sayang dia sangat-sangat ya Allah. TT_TT
Labels: Kehidupan, kucing, Suara Hatiku

Satu sketsa di kelas PLKN
Assalamualaikum.
Cinta terbaik -music played-
Jujur saja ku takmampu hilangkan wajahmu dihatiku.
Meski malam mengganggu, hilangkan senyummu dimataku.
Ku sadari .. aku cinta padamu.
Meski ku bukan yang pertama dihatimu, tapi cintaku terbaik untukmu.
Meski ku bukan bintang dilangit tapi cinta ku yang terbaik.
Jujur saja u takmampu tuk pegi menjauh darimu,
Meski hatiku ragu kau tak disampingku setiap waktu,
Ku sadari .. aku cinta padamu.
Meski ku bukan yang pertama dihatimu, tapi cintaku terbaik untukmu.
Meski ku bukan bintang dilangit tapi cintaku yang terbaik.
Dulu, sebelum aku pi PLKN la kan aku minat gila lagu ni. then, aku tulih la lirik lagu "cinta terbaik" ni dalam buku nota harian aku tuh. tulih bukan main lawa, siap dengan corak 'love' lagi tau. mentang mentang lagu cinta la kan.
Nak dijadikan cerita, satu hari, kelas aku adakan aktiviti berkumpulan dimana kami semua kena persembahkan satu lakonan bertemakan patriotik KUT. dan masa tu pulak aku yang dilantik sebagai ketua kumpulan jadi bidan terjun ja.
Jadinya aku karang lah jalan cerita dalam buku nota tuh. karang punya karang dan jadi lah cerita nya even takberapa nak lawa la kan macam pengarah filem terkenal nuh tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba. sampai member aku cakap aku kutip cerita ni dari novel la kan. hm tapi dia taktau yang aku ni jenih pompuan yang paling malaih nak baca buku. selepas tu, aku bagi lah group aku baca dengan jayanya. nak mintak persetujuan. tapi disebabkan kebodohan aku, tak pasal pasal aku malu kat situ. huhu
Sorang member aku pi bukak muka surat lain dan jumpak lirik lagu tuh. dan dan dan dia pi baca kuat-kuat lagu tu bagi semua orang dengar. dan lagi buat aku rasa malu tahap maksima macam nak sorok muka bawah selimut tu la kan, sebab member aku tu laki. bongok jer rasa masa tu. selamani, aku punya lah belagak gangster dengan depa. last-last dengan lirik lagu tuh, depa kata aku jiwang. malu hoih. ekceli aku nak jiwang ngan suami aku nanti ja. "(>.<)"
Masa aku karang cerita tu, aku memang takteringat dah dekat lirik lagu cinta terbaik yang aku tulih tu. yela, dua hari ja cikgu bagi masa untuk pikir jalan cerita. coih, mana nak sempat, pengarah filem cemerlang pun boleh gagal macam ni. memang aku pakai hentam dalam buku yang aku selalu bawak tu ja lah. tapi kan, sebenarnya kan .. yang boleh buat aku teringat kisah ni sampai sekarang ni kan cuma member aku tu ja. okay aku mengaku aku rindu dia sangat sekarang ni.
Masa kat kem dulu, bagi aku dia la lelaki yang paling menghiburkan hati semua orang. perangai yang ala-ala comel la orang pumpuan selalu kata. dan dia ni macam spesies matang sebelum usia la. cepat bertindak untuk menyelamatkan keadaan. ehem, perfect kan laki macam ni? tapi kan, nak kata dia ni matang sangat tu tak jugak la, sebab kadang kadang macam budak darjah dua jugak. main banyak. -.-
Aku ingat lagi, masa buat persembahan haritu kan, time kawan aku sorang lagi lupa dialog+benda yg dia nak kena buat, member aku ni la yang jadi hero pi merapu buat cerita sendiri mentang-mentang la dia jadi watak utama masa tu kan. tapi takpa jadi lebih awesome. haha bila teringat balik kan, rasa macam nak ja cari doraemon even aku tau ia takpernah wujud pun. :|
#hmm semoga "dia" rasa apa yang aku rasa. rindu. amin.
Labels: Kehidupan, kejujuran, Nikmat, pengalaman, PLKN, rindu, Song

Kisah cinta yang paling Ohsem!
So, Bercintalah dengan someone yang awak yakin dia pasti hidup bersama awak hingga gelaran atuk dan nenek diberi.
Ohh indah nyaaa!
Labels: Kehidupan

La Tahzan.
Sekejam mana pun orang dekat kita.
Semeluat mana pun kita dekat dia.
Kalau dia selalu je ada depan mata.
Binasa jugak hidup kita.
Semalang mana pun hidup kita.
Sesusah mana pun kita nak jalani kehidupan.
Masa tetap berjalan.
Kita mesti harungi jugak liku liku kehidupan tu.
So Lets be enjoy with our life.
Sedih jaa. Lupa kan.
Cari je kegembiraan dengan senyuman.
Kecewa jaa. Buang jauh jauh perasaan tu.
Cari kebahagian dengan gelak tawa rakan.
Alahh. Bukan susah pun nak bahagia ni. senang je taksusah. betul. Semuanya ada di tangan sendiri. Cuma kita ja kena pilih nak bahagia ka nak sedih.
Orang lain boleh tunjuk ajar jaa. Yang selebih nya kita yang kena pilih.
Kalau nak bahagia, kena lah tinggal yang sedih tu.
Kalau nak sedih sangat, takpayah cari bahagia. Duduk je dalam bilik tu terperuk sorang sorang terkenang kisah silam. And last sorang pun tak pedulikan kau, BODOH!
#Okay, ini aku rasa aku tujukan pada pumpuan yang lemah kut. Yang selalu sangat tunjuk lemah pada laki yang durjana tu. Kononnya nak tunjuk kata sayang sangat lah. Hm kalau ya pun, takpayah lah tunjuk kalau dah terang tang tang laki tu tak sayang kau pun. Nanti diorang pikir kau tu murah dan yang paling aku sakit hati sangat bila depa rasa bangga sebab depa tu laku la konon, boleh tukar tukar pumpuan macam tukar spender, tunjuk ja mana yang nak then terus ambik tanpa dikenakan bayaran. Cis!
Labels: Kehidupan

Apa dah jadi ni!
Assalamualaikum and Hai peeps !
Kelmarin. Singgah lah tempat jual ikan jap.
Mak nak beli barang dapur.
Suddenly me nampak lah durian. Wahh banyak nyaa!
Terujanyaaa. Ohhmai! Terus terliur tau. Hemhemm
So, dengan mengada ngada dan tersangat gediknya *err tak lah gedik sangatkan*
Me : Mummy. nak tu. durian tu. sedap. yummy yummy!
Mak : Emm betul lah. nampak sedap. eh tapi hari baru makan ja kan. takkan nak beli lagi ni?
Me : Alaa haritu kak takmakan pun.
Mak : Awad tak makan cek?
Me : Haritu kan tekak kak loya. Alaa mak beli laa. teqingin laa.
Mak : Yala yalaa.
Sampai ja rumah. Durian dah habis dikupas *err kupas ker?
Wahh sedap nyaaaa! Dengan penuh exited nyaa.
Me : Nak! Nak!
Mak : Makan lah. Nah yang ni sedap.
Me : *ambik then makan. masuk ja mulut terus lari ke sinki. muntah balik*
Tekak loya. Tak dapat nak terima durian dah rasanya.
Rasa macam what the ... heaven jaa. Wehhh! buah feveret kud nih. Ohmai! Awad nih? Tekak awad dengan hang ni? Hilang satu nikmat dunia aku tau bila hang buat cenni. Jangan lah cenni. Manja la balik dengan durian nih.
Dulu time adik aku tak makan durian. Aku duk kutuk dia sangat. Macam macam aku kata kat dia. Lani patah balik mai kat aku. Inikah hukum KARMA? OhAllah! Bau pun dah rasa mual. Acena nih? Kurung dalam bilik ja lah jawab nya. Haishh malang nya hidup! Opsss takbaik cakap cenni. takredha namanya.
Hmm takpa lah. Takmakan durian takpa kut. Takmati kut. Hm memang lah. tapi tapi ... ahh sudah. hampa bukan paham hati aku. Piiiiraah!
Labels: Kehidupan

Segalanya bermula disini.
.
Assalamualaikum and Hi World !
Hey ! Harini aku bebas dari gelaran budak SPM tau. Auch, rasa bangga menerpa.
Apapun I have one paper more. Harini lah. Al-Quran As-Sunnah. Start pukul 2.00 pm dan berakhir pada jam 4.30pm.
Dan dan dan dan
MERDEKA !
Walayehhhhhhh! Gembira tak terkata. Ohmaiiyyy !
....
Habis cerita pasal SPM. Tukar cerita pada PLKN.
Oh Sh*t !
Aku kena panggilan pertama lah bangang!
Bangang punya bangang!
"Hoi ko membangang kan siapa sebenarnya nih?" *monolog*
Aku dapat kem sintok. Alah yang dekat UUM tuu. Alaaa yang ulu ulu tuu. Opssss terlepas sudah. Tapi memang betoi. Ulu sungguh. Dalam hutan betoi betoi nuh. Kecut pequt oi.
Tapi apapun aku bersyukur jugak ahh. Yalaa aku dapat area kedah jaa. Tak jauh sangat ar. Means parents boleh mai jenguk tiap minggu jugak kan. Heee.
Hoi! aku bukan anak manja okay. Aku cuma takboleh tanggung rindu lama lama jaaa. Kang aku sedih sorang sorang. Kang hatiku sayu. Mata pulak gatal lah nak berair nanti. Tuu jer. Aku tak manja k. Aku just ... Ahh percaya ja lah.
Apapun. Aku kena pi kem tu 4 januari 2013. Ohmaii! asal sama macam budak sekolah ja nih? >..<"
# Ehh semalam jumpak kawan aku err maybe sahabat. Seriously aku dah mula sayangkan dia macam adik beradik kandung dah. Even dia ni boy. Dan aku sememang payah percayakan lelaki sejak azali lagi. Telah tersayang kat dia macam adik beradik sendiri okay. Pelik.
Aku janji pada diri aku sendiqi! Yang aku tak akan sesekali anggap dia kekasih hati or what ever yang seangkatan dengan nya. Means aku tak akan pernah suka dia. Even diam diam. Promise!
Sebab? Ohh biarlah rahsia. :)
Labels: Kehidupan