Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help: ➊ ➋ ➌
Hanya kamu saja
Saturday, 27 April 2013 | 21:40 | 0 comments


Assalamualaikum.


Kelmarin adalah sejarah,

Esok adalah misteri,
Dan hari ini adalah hadiah.


Hadiah dari saya untuk kamu harini is, iloveyou *bisik*




.^^official video dia sweet sangat^^.



Kamu saja by Ainan Tasneem

-music played-

Sayangku, bagiku kau mempersona,
kau sempurna, kau terima aku seadanya
walaupun hidup tak selalunya indah,
hariku indah kerna kamu selalu ada.

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi,
kamu saja yang mampu membuat tidurku lena,
kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah,
kamu saja yang mampu membuat diriku gembira.

Takpernah terlintas dihatiku ini,
untuk curangi, dan berpaling pada yang lain.
Namamu saja yang terukir dihati,
kau menerangi dikala ku sepi.

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria,
kamu sja yg mampu membuat aku tertawa,
kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia.

Sayangku, bagiku kau mempersona
kau sempurna kau terima aku seadanya,
walaupun hidup tak selalu indah,
hariku indah kerna kamu selalu ada,


Hanya kamu saja yang mampu membuat ku terbang tinggi,

kamu saja yang mampu membuat tidurku lena,
kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah,
kamu saja yang mampu membuat diriku gembira.





#ohh bakal imamku, siapakah anda? haha mood gedik sudah mahu menyerang. Tambah pulak dengan demam. Great, mereng sebulan. >.<


Labels: ,


Buih cinta
Thursday, 18 April 2013 | 12:15 | 0 comments


Assalamualaikum.


Be mine - tasya manshahar. (music played)

Let me tell you that I love you, 
and I never wanna wrong you.
Take my hand, baby.
Come go through with me.

Let me tell you that I miss you,
and I never wanna lose you.
You're my heart, baby.
My life is incomplete without you.

Dalam pada ku gembira,
kadangkala sedih juga.
Kau dah berpunya, 
takmungkin jadi milikku selamanya.


#atleast, kau ada juga watak dalam drama life aku ni. :')


Labels:


Pelangi duka :')
| 11:44 | 0 comments


Assalamualaikum.




hujan dilangit + hujan dimata = pelangi duka :')


Memang sebelum nih aku cuba lupakan kau. Aku cuba jauhkan diri dari kau. Aku cuba renggang dengan kau. Aku cuba buat kau BENCI dengan aku.

Walaupun,

Kau masih lagi rapat dengan aku. masih lagi dekat dengan hati aku. masih lagi ingatkanku pada kewujudan kau. masih lagi buat aku sayangkan kau.

Tapi,

Sekurang kurangnya aku dah CUBA! dan aku mengaku. aku gagal. hati aku memang masih lagi melekat pada kau. mustahil? takpercaya?


Teruskan membaca,

Semalam, aku minta kau lupakan aku. anggap aku dah mati dan takkan muncul dalam hidup kau lagi. hm mulanya, aku cuma nak test ja. rupanya kau dah take it serious right? jadi, kita dah betol betol putus kawan? ohh, sejarah dalam hidup aku weh. putus kawan? memang kau lah orang pertama dan terakhir kawan yang aku mintak dilupakan.

Dan, kau pula dah macam sengaja nak uji ego aku kan?

Bila kau merajuk, kau selalu ja nak emo emo dengan aku kan. bila tak dilayan, kau marah marah aku pulak, suruh pujuk kau lah bagai. kau ingat aku ni pandai sangat ke pujuk? haish. bila rajuk kau dah hilang, pandai pulak kau nak sakit kan hati aku. apa kau ingat aku ni robot, takdak perasaan? bila aku merajuk, kau pun nak merajuk sekali? ohh, bijak betull. aku yang patut merajuk, aku jugak lah yang kena pujuk. great! permainan apakah ini?

Tapi, bila kita dah lancarkan perang dunia ketiga nih. aku rasa tak lengkap pulak hidup aku ni. hm hidup tanpa suara kau. hidup tanpa perangai gila gila kau tu. hidup tanpa lawak bodoh kau. hidup tanpa gelak tawa kau. hidup tanpa rajuk kau. hidup tanpa marah kau. semuanya jadi serba tak kena. 

Takpernah pernah, aku pi dapur bawak handphone, pagi kelmarin aku heret phone pi dapur. selang lima minit aku check phone tuh. nampak ja msg, muka teruja mula terserlah. bila bukak inbox, bercambah msg dari member tapi takdak hati nak bukak. wahh, pandai pulak aku memilih sekarang ni kan. hmm tunggu call dari kau maybe. tapi yang pelik nya, harini baru aku sedar yang aku dah acting macam orang bodoh dah. sadisnya. huhu.

Sekarang, semua benda aku buat mesti teringat kan kau. entah la kau rasa benda yang sama ke tak. tapi aku kat rumah ni dah macam mimpi sambil bukak mata. ^^mula rasa nakpi sambung belajar cepat cepat ni.

Hm, bila basuh pinggan ja, aku teringat soalan kau yang ni "lepas makan kita kena buat apa?", aku pun jawab "basuhh pinggann." padahal kau nak buat benda lain. hihi macam budak budak kan. 

Bila aku mandi, teringat kau kata "pi mandi nuh, dah la busuk. penyegan pulak tuh. rugi suami hampa nanti." dan lepas tu, selamber ja aku balas "janji suami kami bukan hampa". "rugi nyaa aiman" nada sindir kau bagi aku kan.

Bila aku nakpi sembahyang, mesti aku teringat kau. hm yala, aku selalu ingatkan kau tentang solat. "weh, dah mayang belum nih?" common question aku kat kau kan. dan, common answer kau pulak "mesti la belum". kau saja nak bagi aku marah kan, saja nak dengar aku berleter potpet potpet kan?

Banyak moment kita weh. setiap benda yang ada depan aku, mesti akan ingatkan aku pada kau. sampai aku rasa macam satu dunia sengaja nak menzalimi hati aku. nak kasi aku rasa bersalah. nak kasi aku rasa rindu. nak kasi aku demam panas! eh? hihi

Jujur aku cakap, aku takpernah benci hang. aku cuma nak hapuskan rasa yang tah apa apa nih. aku cuma nak kawan ja dengan kau. takmau lebih. dan aku takpernah mintak pun punya perasaan macam ni. tapi, bila kau still contact aku, perasaan tu takpernah pudar malah makin kuat dan utuh. thats why lah aku nak jauhkan diri aku dari kau. dan maybe ini lah cara terbaik untuk aku lakukan. "minta kau anggap aku dah mati." dan, aku akan cuba lupa kan kau.


Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.”


Kata kata ni, kau pernah bagi kat aku. time aku nak join kontes kat blog ni dulu. huhu memang sangat mendalam maksud dia. dan sekarang, kata kata ni dah macam nak bunuh aku ja. "taksemua perpisahan akan menjanjikan adanya pertemuan semula". Jadi, aku kena redha kau hilang dari hidup aku untuk selamanya? Oh, beratnya rasa.

Nak nangis boleh? who care, right?


"Berulang kali kau menyakiti, berulang kali kau khianati,sakit ini coba pahami, ku punya hati bukan tuk disakiti.ku akui sungguh beratnya, meninggalkan mu yang dulu pernah ada.namun harus aku lakukan, kerna ku tahu ini yang terbaik.ku harus pergi meninggalkan kamu, yang telah hancurkan aku.sakitnya, sakitnya, oh sakitnya"
Bukan dia tapi aku - ost sedetik cinta was played. TT_TT



^^kalau kita lafazkan 'take care', kita hanya minta dia jaga dirinya sendiri. tapi kalau kita kata 'fi hifzillah', kita minta Allah jagakan dia. :)



Labels: , ,


Erti cinta yang sebenarnya.
Tuesday, 16 April 2013 | 20:30 | 4 comments


Assalamualaikum.



Nak nangis jer rasa bila tengok gambar nih.

Geram. Sayang. Sakit hati. Kasih. Sweet. EMo. Ego. Marah.

Semua perasaan bercambur dan hasilnya :

I Love You .. sampai tua.



#Teqingin nak jumpak laki macam ni dan memliki hatinya. Tapi, apakan daya Allah tidak mengizinkannya. Redha lah wahai hati.

Labels: ,


Izinkan aku pergi dari hidupmu, sayang.
Tuesday, 2 April 2013 | 10:30 | 0 comments


Assalamualaikum.


Percaya atau tidak, hampir dua tahun dah kita jadi kawan kan. Kau datang hulurkan tangan saat aku mahu tenggelam dalam kekecewaan. Saat aku kehilangan separuh jiwa, kau datang kongsi segenap jiwamu. Oh indah nya bersahabat dengan kau.


Dulu, saat hati berlagu indah. Saat jiwa menari gembira. Waktu indah yang ku miliki hanya ingin bersama 'dia'. Sampai aku taktahu dimana letaknya kawan bagi aku. Dimana aku letaknya keluarga saat itu? semuanya tampak kabur dalam hatiku sendiri. Sehingga lah satu ketika, saat aku terpaksa berpisah dengan 'dia'. Saat itu lah, aku mula tenggelam dalam lautan duka. Lautan yang sempit yang mampu buat aku tersepit dalam emosi sendiri. Dari situ, aku sedar 'dia' telah ajar aku apa erti sayang, erti cinta, dan juga erti suka. Malah 'dia' juga ajar aku erti setia. Hmm rupanya banyak perkara 'dia' dah ajar aku. Makna kawan dan juga sahabat. Fungsi keluarga. Cuma aku ja yang tak nampak selamani. Hm aku bersyukur telah kenal 'dia' walaupun hanya seketika. Walaupun, perit terasa.


Tapi, aku lebih bersyukur kenal dengan kau. Kau ajar aku tabah. Kau ajar aku bangun dari jatuh. Kau takpernah tanya masalah aku tapi kau sentiasa ada teman kan aku. Kau buat aku fikir perkara yang lagi penting daripada fikir tentang 'dia'. Kau tak pernah campur tangan dalam problem aku, tapi kau tetap beri sokongan walaupun tak jelas kelihatan disitu. 


Dulu kawan, sekarang sahabat. Setiap hari kita calling calling kan. Sampai takboleh miss sehari. Tidak, aku demam! Haha yang ni aku menambah jer. Tapi,air mata aku mesti turun tak henti wehh. Hati aku menangis teresak esak. Kita dah macam adik beradik. Hm adik beradik pun tak cenni rasa nya. Kau pernah bagi kat aku lirik lagu yang kau cipta sendiri. Sungguh romantis. Kau buat aku nangis bila baca lirik tu. Over kan? Tapi tu lah hakikat sebenar. Aku ingat lagi msg aku kat kau lepas baca lirik tuh. Semangat jer, macam hati kebal sangat.



Kau : lirik lagu yang kau buat sendiri tu. (dirahsiakan)

Aku : Perghhh! jiwang habis ahh. Hati kami pun cayaq habeh dah ni. Paqah la cenni, PAQAH! =.=" (lebih kurang lah)



Padahal, waktu tu aku dah nangeh dah. Taktahu kenapa air mata terjun terus bila baca lirik lagu tuh. Jeles? Maybe. Sebab dalam hati duk pikir mesti kau nak kasi lirik ni kat orang lain kan. Seronok? Maybe jugak. Sebab dalam hati duk perasan sorang sorang yang kau memang tuju kat aku. Haha G.I.L.A. betull. 


Dalam rock rock kau pun, jiwang. Kau tak macam dengan laki lain. Agak rempang tapi ambik berat. Suka mengusik tapi kau caring. Suka mengejek tapi terbuka. Sifat yang ada kat kau tu bila bila masa ja boleh buat orang jatuh cinta tau. Ehmm termasuk lah aku. Aku bodoh kan? Nak kawan tukar jadi teman. Ahh aku memang bodoh. Bodoh amat sebab cintakan kau. Sebab aku cintakan kau, aku tolak cinta orang lain. Sebab aku cintakan kau, aku dah taknampak cinta orang lain. Maybe orang boleh kata aku ni klon kau. Spesies kejam!


Dah lama weh aku suka kat kau. Sampai sekarang pun aku still suka kau. Cuma aku ja nak pendamkan, taknak heboh heboh. Yelah, aku rasa perasaan aku nih salah. Nak kawan jadi teman. Memang tak ahh. Pecah record dunia kalau terjadi pun. Errr maybe ego aku yang terlampau tinggi kud. Ahh apa apa ja lah tapi yang pasti perasaan aku ni takpatut dilayan. 


Jadi, semalam aku lepaskan kau melalui hati aku. Jyeahh msg kau yang hampir segenap inbox phone aku tu, aku padam satu per satu. Baca buat kali terakhir. Huh penat woih padam msg kau dalam phone aku tu. Even kau lebih suka call dari msg, inbox aku still penuh dengan nama kau ja. huhu. Berat ja rasa nak tekan 'delete' tuh. Tapi aku dah tekad. Jadi aku kena buat. Weh, kau satu satu nya kawan yang aku cuba lupa kan tau. Sorry. Memang sesak dada weh. Tapi ini yang terbaik untuk aku dan maybe untuk kau juga.


Mulai saat ini, detik ini, hari ini, aku akan cuba jauhkan diri aku dengan kau. Eh, birthday kau taklama lagi kan. Hmm maybe haritu kut jadi hari terakhir perkenalan kita. :)




^^ Lagi aku tolak cinta sang arjuna, lagi ramai yang datang menghimpit jiwa. Ahhh aku nak bercinta dengan Allah duluu. Tolong lah, jangan siksa jiwa aku dengan beri aku rasa bersalah lagi. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, tapi aku bermohon bantu lah aku untuk terus tabah dan lebih cekal. Amin ya rabbal a'lamin.



P/S : Dulu aku menafikan. Sekarang aku mengiyakan. Betul lah apa orang cakap, "Lelaki dan wanita tidak pernah boleh jadi sahabat baik. Jika bersahabat jua pasti salah seorang daripadanya akan merasai cinta."


Labels: , , , ,


Adakah dia benar benar mencintai aku?
Tuesday, 26 March 2013 | 19:22 | 0 comments


Assalamualaikum.

Kebetulan mood aku petang nih, agak berseri sikit. (Kes dapat main magic cube jaa.) Jadi, mood stalk pesbuk orang pun jadi membuak buak lah. Hewhew Apa lagi, aku stalk pesbuk member aku lah. Salah seorang BFF lah even tak forever sangat sebab dia lelaki maybe. 

Dalam duk asyik menstalk pesbuk dia, aku jumpak lah seketoi karangan SPM nih. Jadi aku pun cuba lah usha usha. Mula mula usha ja lah. Last last, lekat setempek kat sini. Hewhew.

Jiwang jugak mamat nih. Post pasai cinta derrrr! Btw menarik artikel nih. Jadi aku berminat. Jadi aku pelekat lah kat sini. Hewhew

Curi kau punya karangan SPM ehh. Even aku tahu kau pun hanya menempek, aku tetap nak mintak izin. Tapi setakat dalam entry ni ja lah. :D


Adakah dia tulus mencintaimu? Atau dia hanya bersandiwara? Berfikir dengan otak, percaya dengan naluri, yakinlah dengan hati. Pasti kamu jumpa yang hakiki. :)


♥ Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu  emberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.   
♥ Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 
♥ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 
♥ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 
♥ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. 
♥ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 
♥ Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. 
♥ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu. 
♥ Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 
♥ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. 
♥ Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. 
♥ Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu. 
♥ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 
♥ Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 
 ♥ Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 
♥ Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?' 
♥ Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 
♥ Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. 
♥ Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 
♥ Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 
♥ Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. 
♥ Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. 
♥ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. 
♥ Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

^^Wujudkah orang ini dalam realiti kehidupan mu? Jika ya, saya melutut, merayu, memohon, hargailah dia. Balaslah cintanya. Dia yang terbaik untuk mu. Malah dia mampu pelihara awak hingga ke anak cucu. Ingat! menyesai kemudian takdak guna dah. Hmm tunaikanlah Solat Istikharah jika awak masih buntu. :D 

Labels:



Older Post