
Satu sketsa di kelas PLKN
Assalamualaikum.
Cinta terbaik -music played-
Jujur saja ku takmampu hilangkan wajahmu dihatiku.
Meski malam mengganggu, hilangkan senyummu dimataku.
Ku sadari .. aku cinta padamu.
Meski ku bukan yang pertama dihatimu, tapi cintaku terbaik untukmu.
Meski ku bukan bintang dilangit tapi cinta ku yang terbaik.
Jujur saja u takmampu tuk pegi menjauh darimu,
Meski hatiku ragu kau tak disampingku setiap waktu,
Ku sadari .. aku cinta padamu.
Meski ku bukan yang pertama dihatimu, tapi cintaku terbaik untukmu.
Meski ku bukan bintang dilangit tapi cintaku yang terbaik.
Dulu, sebelum aku pi PLKN la kan aku minat gila lagu ni. then, aku tulih la lirik lagu "cinta terbaik" ni dalam buku nota harian aku tuh. tulih bukan main lawa, siap dengan corak 'love' lagi tau. mentang mentang lagu cinta la kan.
Nak dijadikan cerita, satu hari, kelas aku adakan aktiviti berkumpulan dimana kami semua kena persembahkan satu lakonan bertemakan patriotik KUT. dan masa tu pulak aku yang dilantik sebagai ketua kumpulan jadi bidan terjun ja.
Jadinya aku karang lah jalan cerita dalam buku nota tuh. karang punya karang dan jadi lah cerita nya even takberapa nak lawa la kan macam pengarah filem terkenal nuh tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba. sampai member aku cakap aku kutip cerita ni dari novel la kan. hm tapi dia taktau yang aku ni jenih pompuan yang paling malaih nak baca buku. selepas tu, aku bagi lah group aku baca dengan jayanya. nak mintak persetujuan. tapi disebabkan kebodohan aku, tak pasal pasal aku malu kat situ. huhu
Sorang member aku pi bukak muka surat lain dan jumpak lirik lagu tuh. dan dan dan dia pi baca kuat-kuat lagu tu bagi semua orang dengar. dan lagi buat aku rasa malu tahap maksima macam nak sorok muka bawah selimut tu la kan, sebab member aku tu laki. bongok jer rasa masa tu. selamani, aku punya lah belagak gangster dengan depa. last-last dengan lirik lagu tuh, depa kata aku jiwang. malu hoih. ekceli aku nak jiwang ngan suami aku nanti ja. "(>.<)"
Masa aku karang cerita tu, aku memang takteringat dah dekat lirik lagu cinta terbaik yang aku tulih tu. yela, dua hari ja cikgu bagi masa untuk pikir jalan cerita. coih, mana nak sempat, pengarah filem cemerlang pun boleh gagal macam ni. memang aku pakai hentam dalam buku yang aku selalu bawak tu ja lah. tapi kan, sebenarnya kan .. yang boleh buat aku teringat kisah ni sampai sekarang ni kan cuma member aku tu ja. okay aku mengaku aku rindu dia sangat sekarang ni.
Masa kat kem dulu, bagi aku dia la lelaki yang paling menghiburkan hati semua orang. perangai yang ala-ala comel la orang pumpuan selalu kata. dan dia ni macam spesies matang sebelum usia la. cepat bertindak untuk menyelamatkan keadaan. ehem, perfect kan laki macam ni? tapi kan, nak kata dia ni matang sangat tu tak jugak la, sebab kadang kadang macam budak darjah dua jugak. main banyak. -.-
Aku ingat lagi, masa buat persembahan haritu kan, time kawan aku sorang lagi lupa dialog+benda yg dia nak kena buat, member aku ni la yang jadi hero pi merapu buat cerita sendiri mentang-mentang la dia jadi watak utama masa tu kan. tapi takpa jadi lebih awesome. haha bila teringat balik kan, rasa macam nak ja cari doraemon even aku tau ia takpernah wujud pun. :|
#hmm semoga "dia" rasa apa yang aku rasa. rindu. amin.
Labels: Kehidupan, kejujuran, Nikmat, pengalaman, PLKN, rindu, Song

Aktiviti seorang penganggur
Assalamualaikum.
Semenjak jadi pengangur tegar nih, gelaran 'bibik tanpa gaji' pun dah melekat kat aku nih. Hm bibik free pun bibik free lah janji aku dah pandai masak gulai lani. Dulu, mu kata aku ni kasor. Pegang senduk pun takpandai kan?
Lani mu rasa sendiri air tanga ku. Mau dua tiga kali mu menambah nasik tuh kang. Hemboih. Lani sapa patut malu? Hah?
Dulu, mu asyik pelece aku ja kan? Lani baru mu tahu kan! haish.
Ekceli dulu pun aku pandai nak masak lauk pauk nih. Cuma cuma .. err aku malas jaaa. Hewhew. Ekceli aku taksuka sangat lah nak 'melayan' ikan mentah lagi hanyir tuh. Thats wyh lah aku suka masak benda comel comell macam cupcake, chocolate, donut, dan muffin. Alah, apa orang cakap lebih kurang dessert lah. *ish, memilih kau joyah!
Oleh sebab, sebelum nih aku memang suka masak dessert ja, dan sememangnya takpernah nak masak lauk pauk untuk lunch nih, my mum pun cakap. "kakak duk qumah jangan duk jadi ulaq sawa sangat. mak pi sekolah, kak tolong mak masak lauk nah. belajaq jadi anak daqa sama. malas sangat nih. takkan nanti nak jamu laki makan cupcake ja tiap tiap hari .. bla bla bla" *Perghhh menanah telinga jugak woih* Dengan muka tanpa rasa bersalah aku cakap "kak takqeti bersiang ikan lah" (sebenarnya takmau mengaku kata malas) Last, takpasai pasai kena sound "belajaq lah!".
Tapi kannnn, mak aku nih jenih baik hati, takmau bagi anak dia susah kan. Mak aku siap bersiang dah, cuma aku ambik ja dari fridge then basuh. Setelah dibasuh, aku campak campak ja dalam periuk dan jadi lah GULAI IKAN yang sedap dan lazat walaupun baru percubaan yang pertama. Dan aku juga telah menerima pujian berbakul bakul dari abang, mak dan abah. Ohh okay timbul riak sikit disini. Hewhew :3
Oleh sebab bangga, aku nak share sikit resepi gulai ikan campak aku nih. hewhew. kepada yang baru nak pegang senduk, apa kata awak cuba resepi gulai nih. Senang jaa, main campak ikut suka hati den! Haha
Gulai Ikan errr ikan apa tah. *taktau :3
Bahan bahan :
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 biji tomato dipotong empat
3 keping asam gelugur
1 sudu teh Biji herba
1/2 serbuk kari babbas
minyak
Yang penting sekali ikan lah.
(ikut suka hati ko lah nak letak ikan apa pun. ikan kembong pun boleh)
Langkah langkah :
1. Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan. Tumis bawang bersama biji herba sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan tomato. Jika nampak serbuk kari terlampau banyak dan taklarut, boleh tambahkan minyak sikit untuk melarutkam serbuk kari tadi. Kacau hingga nampak keperang-perangan.
3. Masukkan sedikit air dan asam keping. Kacau rata.
4. Masukkan ikan. Kemudian masuk kan air (kuantiti air agak agak ikan boleh tenggelam yaa)
5. Biarkan gulai dengan api perlahan. Tunggu sehingga air ikan keluar dan gulai mendidih.
*Tip, sila jaga api anda dengan penuh kasih sayang yaa. Jangan biar ia terlalu kuat atau terlalu kecil. ;)
Okay aku dah try buat pun. Sedap ja tekak nak menjamah. First time try tuh. Tekujut jugak ahh air tangan aku boleh jadi sedap macam tu sekali. Bangga wookkks! Haha
#Memang lah entry ni first masakan lunch yang aku update, tapi bukan first time aku masak lunch nah. Take a note. Ni just first time aku masak gulai dan SEDAP ja. Sebelum nih pun aku pandai buat lunch yang simple simple jaa macam sambal udang, ikan masak sweet sour, sotong masak asam. Simple right? So sebab teruja sangat kalini aku update lah. Nak share dengan ko. Hewhew :3
Labels: masakan, pengalaman, penganggur