Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Izinkan aku pergi dari hidupmu, sayang.
Tuesday 2 April 2013 | 10:30 | 0 comments


Assalamualaikum.


Percaya atau tidak, hampir dua tahun dah kita jadi kawan kan. Kau datang hulurkan tangan saat aku mahu tenggelam dalam kekecewaan. Saat aku kehilangan separuh jiwa, kau datang kongsi segenap jiwamu. Oh indah nya bersahabat dengan kau.


Dulu, saat hati berlagu indah. Saat jiwa menari gembira. Waktu indah yang ku miliki hanya ingin bersama 'dia'. Sampai aku taktahu dimana letaknya kawan bagi aku. Dimana aku letaknya keluarga saat itu? semuanya tampak kabur dalam hatiku sendiri. Sehingga lah satu ketika, saat aku terpaksa berpisah dengan 'dia'. Saat itu lah, aku mula tenggelam dalam lautan duka. Lautan yang sempit yang mampu buat aku tersepit dalam emosi sendiri. Dari situ, aku sedar 'dia' telah ajar aku apa erti sayang, erti cinta, dan juga erti suka. Malah 'dia' juga ajar aku erti setia. Hmm rupanya banyak perkara 'dia' dah ajar aku. Makna kawan dan juga sahabat. Fungsi keluarga. Cuma aku ja yang tak nampak selamani. Hm aku bersyukur telah kenal 'dia' walaupun hanya seketika. Walaupun, perit terasa.


Tapi, aku lebih bersyukur kenal dengan kau. Kau ajar aku tabah. Kau ajar aku bangun dari jatuh. Kau takpernah tanya masalah aku tapi kau sentiasa ada teman kan aku. Kau buat aku fikir perkara yang lagi penting daripada fikir tentang 'dia'. Kau tak pernah campur tangan dalam problem aku, tapi kau tetap beri sokongan walaupun tak jelas kelihatan disitu. 


Dulu kawan, sekarang sahabat. Setiap hari kita calling calling kan. Sampai takboleh miss sehari. Tidak, aku demam! Haha yang ni aku menambah jer. Tapi,air mata aku mesti turun tak henti wehh. Hati aku menangis teresak esak. Kita dah macam adik beradik. Hm adik beradik pun tak cenni rasa nya. Kau pernah bagi kat aku lirik lagu yang kau cipta sendiri. Sungguh romantis. Kau buat aku nangis bila baca lirik tu. Over kan? Tapi tu lah hakikat sebenar. Aku ingat lagi msg aku kat kau lepas baca lirik tuh. Semangat jer, macam hati kebal sangat.



Kau : lirik lagu yang kau buat sendiri tu. (dirahsiakan)

Aku : Perghhh! jiwang habis ahh. Hati kami pun cayaq habeh dah ni. Paqah la cenni, PAQAH! =.=" (lebih kurang lah)



Padahal, waktu tu aku dah nangeh dah. Taktahu kenapa air mata terjun terus bila baca lirik lagu tuh. Jeles? Maybe. Sebab dalam hati duk pikir mesti kau nak kasi lirik ni kat orang lain kan. Seronok? Maybe jugak. Sebab dalam hati duk perasan sorang sorang yang kau memang tuju kat aku. Haha G.I.L.A. betull. 


Dalam rock rock kau pun, jiwang. Kau tak macam dengan laki lain. Agak rempang tapi ambik berat. Suka mengusik tapi kau caring. Suka mengejek tapi terbuka. Sifat yang ada kat kau tu bila bila masa ja boleh buat orang jatuh cinta tau. Ehmm termasuk lah aku. Aku bodoh kan? Nak kawan tukar jadi teman. Ahh aku memang bodoh. Bodoh amat sebab cintakan kau. Sebab aku cintakan kau, aku tolak cinta orang lain. Sebab aku cintakan kau, aku dah taknampak cinta orang lain. Maybe orang boleh kata aku ni klon kau. Spesies kejam!


Dah lama weh aku suka kat kau. Sampai sekarang pun aku still suka kau. Cuma aku ja nak pendamkan, taknak heboh heboh. Yelah, aku rasa perasaan aku nih salah. Nak kawan jadi teman. Memang tak ahh. Pecah record dunia kalau terjadi pun. Errr maybe ego aku yang terlampau tinggi kud. Ahh apa apa ja lah tapi yang pasti perasaan aku ni takpatut dilayan. 


Jadi, semalam aku lepaskan kau melalui hati aku. Jyeahh msg kau yang hampir segenap inbox phone aku tu, aku padam satu per satu. Baca buat kali terakhir. Huh penat woih padam msg kau dalam phone aku tu. Even kau lebih suka call dari msg, inbox aku still penuh dengan nama kau ja. huhu. Berat ja rasa nak tekan 'delete' tuh. Tapi aku dah tekad. Jadi aku kena buat. Weh, kau satu satu nya kawan yang aku cuba lupa kan tau. Sorry. Memang sesak dada weh. Tapi ini yang terbaik untuk aku dan maybe untuk kau juga.


Mulai saat ini, detik ini, hari ini, aku akan cuba jauhkan diri aku dengan kau. Eh, birthday kau taklama lagi kan. Hmm maybe haritu kut jadi hari terakhir perkenalan kita. :)




^^ Lagi aku tolak cinta sang arjuna, lagi ramai yang datang menghimpit jiwa. Ahhh aku nak bercinta dengan Allah duluu. Tolong lah, jangan siksa jiwa aku dengan beri aku rasa bersalah lagi. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, tapi aku bermohon bantu lah aku untuk terus tabah dan lebih cekal. Amin ya rabbal a'lamin.



P/S : Dulu aku menafikan. Sekarang aku mengiyakan. Betul lah apa orang cakap, "Lelaki dan wanita tidak pernah boleh jadi sahabat baik. Jika bersahabat jua pasti salah seorang daripadanya akan merasai cinta."


Labels: , , , ,



Older Post | Newer Post