Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Flash Back The Moment
Thursday 25 April 2013 | 23:19 | 0 comments


Assalamualaikum.




Kalau dihitung hitung hari la kan, hampir sebulan setengah dah aku break up dengan kem plkn sintok. means, kawan yang takberapa nak rapat, cegu cegu, aktiviti harian kat sana, dorm, kelas, and all about suasana di kem.

Bila dicampur darab bahagi tolak, dah 39 hari dah aku tak lalui semua tuh. dan sekarang aku dah mula merindui semua tu balik. *sigh* dulu masa nak break up dengan member, bukan main semangat lagi aku cakap dalam hati yang aku takkan rindu dekat depa. bukan main angkuh lagi. kononnya nanti kami semua akan buat hala tuju masing masing. lost contact. maybe satu hari nanti dah tak kenal antara satu sama lain dah. 

Hmm, dalam dua minggu boleh laa tahan. tapi bila masuk minggu ketiga, jadi sawan apa tah dah kat aku nih ha. berkurung dalam bilik sampai doplohpat jam. nak lena pun payah. makan pun taklalu dah. huhu ekceli, dulu aku tak lah tabah mana pun, belagak tough ja lebih. hm maybe nak pujuk hati sendiri kud. belagak macam ada hati yang kuat. atau nak tutup kelemahan diri sendiri? hm aku cuma takmau hampa sedih. aku takmau bagi hampa hampa semua tengok aku nangeh. aku takmau bagi hampa nampak ayaq mata aku. aku takmau hampa join aku nangeh sekali. nanti aku takboleh berenti. aku takmau kem sintok banjir sebab ayaq mata aku. *okay yang ni drama melampau.


Pelengkap Hidupku -music played-

Aku bagai laut takbertepi dan tak berkarang,
aku bagai bintang yang tak ditemani malam.
Melihat diri mu ada senyum canda dan tawa,
yang membuat aku tak ingin pergi dari mu.

Teringat janji lamamu kepadaku,
teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada disisni.
temaniku sepanjang hari.

Bila kau pergi jauh ingat lah aku.
Bila ku disampingmu peluk tubuhku.
Bila kau rindu aku panggil namaku,
ku datang menemui mu.

Peluk erat jasadku jangan lepaskan.
Tetaplah kau disini harungi malam.
Kerna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkapku didunia.


Teringat pulak moment dalam surau dulu. aku, ekin, aishah syukor, duk bersantai dalam surau sat. taktahu lah penat buat apa, tapi memang kami pi rest sat lah kat surau tu. maybe tunggu masuk waktu asar kud. sambil rest, ekin bukak phone nak dengar lagu. aku mintak dia bukak lagu rapuh-opick tuh, tapi dia bukak lagu lain. pelengkap hidupku. *flash back* dulu sebelum kenai ekin, bila aku dengar lagu ni aku macam takpernah ada perasaan ja. telinga ni macam nak dengar taknak dengar ja. tapi sekarang bila dengar lagu ni, aku dah macam terlebih ada perasaan pulak. (TT_TT) even dulu aku selalu ja gaduh dengan dia, takpernah sefahaman, tak sekepala lah bak kata orang kedah kan tapi sekarang ni, dia lah orang first yang aku teringat. hm walaupun dia selalu ja sakitkan hati aku, tapi dia jujur, ikhlas, dan jelas apa yang dia suka dan taksuka. dia takpernah belakon. dia akan cakap ja kalau dia taksuka benda tuh. walaupun dia tau akan ada orang benci dia bila dia terus terang, tapi dia still dengan sikap dia. terus terang. maybe ego sama kud. hihi, teringat pulak moment gaduh dengan dia dulu. aku keras kepala, dia lagi keras kepala. last last, dua dua mengalirkan ayaq mata. padahal benda kecik ja pun. haha. tapi semua tu takpernah buat kami berpecah. kadang kadang, dengan pergaduhan lah kita lebih kenal hati budi seseorang tuh. tapi dengan syarat cepat baik lah. mintak maaf cepat cepat. jangan biar ego kuasai otak. parah jadinya nanti.






Kau ilhamku -music played-

Beribu bintang dilangit kini menghilang,
meraba aku dala kelam.
Rembulan mengambang kini makin suram
pudar ilham ku tanpa arah.
Sedetik wajah mu muncul dalam diam,
ada kerdipan ada sinar.
Itukah bintang atau pun rembulan?
Terima kasih ku ucapkan.

Izinkan ku mencuri bayangan wajah mu.
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu.
Maafkanlah hoo andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu.
Kau senyumlah hoo sekadar memori kita di arena ini.
Kau ilhamku, kau ilhamku.



Aishah syukor. kawan aku yang paling lemah lembut plus sopan plus baik hati plus awesome. kalau dia baca blog aku ni, mesti dia gelak sorang sorang kalau dia tengok ayat nih.

"qembulan mengambang kini makin suqam, pudaq ilhamku tanpa aqah"

Kalau teringat dia mesti aku gelak sensorang. haha. kami selalu makan kit kat sama sama. dan sekarang aku rindu moment tu. moment dia nikmati kit kat dengan bunyi yang saja dibuat buat. haha comell. seluar comel yang dia selalu pakai masa nak tidur. melalak lagu mambai versi kedah masa cikgu duk potpet kat depan. pakai bedak sejuk dengan dia. ohh rindunya. tapi cuma lani bezanya, aku gelak dengan mata bertakung je lah. hm great. semua tu takkan diulang tayang dah. sadisnya. (TT_TT)





Patah seribu -music played

Walau kau tiada disini, 
ku tetap ingat semua pesan mu.
ku hidup seolah olah kau masih ada,
bisikan kata kepada ku.

Bila kah kau akan utuskan surat buatku ?
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu.

Patah seribu hatiku,
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama.
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi?

Biar pergimu tanpa relamu,
namun hatiku tetap berasa kejamnya.
Kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta
buat kita berdua.

Bilakan ku bisa menerima ketiadaanmu?
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan.

Sayangku mohon padamu segera tinggalkanku.
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju.
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku.


Aisah tajuddin. besday dia sama tarikh dengan besday aku. 29 oktober. aku salute dia ni sebab apa tau? sebab, dia sukarela weiy. orang lain punya la takmau pi, tapi dia susah payah mai daftar. aku salute hang aisah. teringat pulak aku dengan peribadi dia ni. kasar. lebih kurang dengan aku lah. hm maybe orang yang lahir pada 29 oktober ni memang jenis kasar kot. tengok maya karin, lahir 29 oktober jugak hm bukan lembut sangat pun. (memandai ja, hihi) ingat lagi, bila dia nak tidur tapi takboleh sebab orang buat bising, mesti dia bangun then hempuk hempuk bantai dia kat katil kuat kuat. nak tunjuk protes la konon. tapi sorang pun takpeduli, lagi bising ada lah. aku yang duk sebelah katil dia ni pulak lah yang bangun duk gelak kat dia. haha lawak betul. hm satu lagi moment yang aku takboleh lupa, aisah dan aishah. lebih kurang ja bunyi dia kan. tambah pulak, aisah perkenalkan diri dia dengan aishah. then, aku, ekin, dan nasuha selalu ja pening kepala. apatah lagi dua dua aishah. bila orang panggil, dua dua sahut. takpasal pasal, orang yang memanggil jadi serba salah. haha. 




"nasuha tu semua tempat dia nak lena. kat tangga yang matahari duk suluh pun dia nak lena"


Ayat tu la aishah syukor selalu bagi kat nasuha. haha. even nasuha ni kuat lena tapi otak dia ceqedik woo. she got 7 A's in spm okay. takkan tak gempak lagi kot. otak geliga nih. cuma dia kalau tak lena, mesti dia buat peqangai gila dia tuh. tiap hari aku sakit perut dengan kerenah dia nih. haha, sampai ekin cakap laguni la, "aku takboleh la tengok muka nasuha ni, nak tergelak. dia duk lena pun nampak lawak." haha tengok, sampai terbawak bawak peqangai gila-gila dia ke muka dah tu ha. duk lena pun orang nak tergelak. acena nih? takkan takboleh ganti jozan lagi kut? hihi yang aku takboleh lupa sekali kat nasuha ni kan, muncung dia. haha kalau boleh muncung tu kan, panjang sedepa. haha. punya la lawak. dengan mata dia yang mengancam tu. ohh okay tang mata dia tu aku jeles sikit la. lawa sangat. pakai purdah pun orang boleh terpikat tau. patut lah kekal dengan hatim sampai 4 tahun lamanya. hihi moga bahagia sampai syurga lah suha weiy. aku doa kan hang.
  


Banyak sangat moment aku dekat sana. ekin, aishah syukor, aisah tajuddin, dan nasuha bestfriend aku kat kem. memang pi mana mana pun, pi sekali lah. katil pun sebelah menyebelah ja. hm seronok sangat. ramai lagi kawan kawan yang aku teringat. zati, along, kechik, arsyik, hajat, cha, kalai rani, shantini, aida, ija, ana, hasanah, wani rodzi, kak ah, ika, sarah, lalah, una, geng charlie, geng bravo, geng alpha. ramai sangat, kalau nak cerita bagi masa sebulan pun belum tentu boleh habis. panjang sangat, hihi.


Hm, teringat pulak moment aku gaduh dengan una dulu. gaduh dengan orang yang takberapa rapat ,yang takpernah tahu hati budi kita ohhh seksa weh. body tak terseksa sangat pun, yang seksanya hati, jantung, paru-paru, limpa! ohh sakit wehh. sebelum gaduh, okay ja bila jumpak senyum, kadang kadang sembang, melawak. tapi bila dah gaduh fuhh bila jumpak buat macam orang asing. macam takpernah kenai antara satu sama lain. maybe lagi teruk dari takpernah kenai lansung kut. hm musuh la lebih senang.

Hm ekceli aku sendiri yang buat semua tuh. buat buat takperasan kewujudan una depan mata aku. wujudkan jurang antara kami dua. hm maybe masa tu aku geram sangat kot dengan dia. nak tahu kenapa? hm sebab pertama, dia buat aku sakit, tapi aku taktahu lah pulak niat dia dengan sengaja ataupun tidak. hanya dia dan Allah ja yang tau. hm tp aku rasa dia taksengaja kut, takkan lah dia saja nak buat aku sakit. bukan dapat untung apa pun kalau aku sakit. yang kedua, dia takpandai nak mintak maaf dan terus nak salahkan aku sedangkan dia yang buat salah. adil ka cenni ha? aku takkan marah dia la kalau dia terus mengaku salah dan mintak maaf walaupun dia sengaja okay. dan yang ketiga, dia buat aku menangeh dan takdapat kawal emosi. huh yang ni yang paling buat aku geram. hergh. aku punya la kedekut ayaq mata sebelum ni, tapi sebab benda kecik tu, pergaduhan yang takpatut terjadi tu, ayaq mata aku jatuh jugak. jatuh ego aku. (>'o'<) 

 Hey, kalau kita tak sengaja tercomotkan baju orang dengan kopi pun kita still kena mintak maaf okay. walaupun tak menyakitkan body dia tuh, tapi kita still kena mintak maaf. susah sangat ka nak mintak maaf? ha? susah sangat? dua perkataan ja. tambah dengan kata ganti nama jadi tiga ja. berat sangat ka mulut tu? ada apa dalam mulut? emas? berlian? batu permata? ka batu bata ja? hmm takpa lah, apa apa pun aku dah maafkan dia dah. anggap ja lah takpernah terjadi pun moment tu. cuma kalini aku saja nak luahkan ketidak puasan hati aku ni ja. *syaitan kecik hasut*

Hm maybe salah aku jugak. benda kecik ja pun. kalau time tu aku bangun dan kata, 'oh takpa una, aku tau hang taksengaja, sakit sikit ja ni" setle kan? *sigh* lepas tu aman. takkan wujud punya jurang antara kami ni, kan. dan yang pasti, takkan hilang senyum mesra antara kami. gelak tawa. maybe boleh jadi rapat lagi. hm apa boleh buat, semua dah terjadi. kita takboleh ubah apa apa. jadikan pengajaran jela semua tu. dan sebab moment ni la, aku teringat kat una. dari mula kenai sampai gaduh. dan kepada una, apapun aku mintak maaf nahh. salah aku jugak, nak perbesar-besarkan benda yang kecik. padahal sakit sikit ja pun. takat lebam, tangan tegeliat jaa, bukan darah pun kan? sorry ahh, aku ter-emosional sikit time tu. apapun una, hang kawan aku, dan aku sayang hang. *yang ni ikhlas*




#kata orang, benda yang lepas jangan dikenang. tapi barang yang lepas tu lah menjadikan kita macam sekarang ni. pakat pakat duk rindu habeh. hmm kalau lah doraemon tu betoi betoi wujud la kan. nak ja aku beli walaupun beribu-riban harus dikeluarkan. hmm :|


^^aku teringat someone. taktau kenapa, tapi tiga malam dah aku takboleh lena sebab teringat kat dia. huhu padahal takrapat sangat punn. pembetulan, takpernah rapat pun. haei, awat la jadi laguni ni? seksa jiwa tau dak. :/




Labels: , , , ,



Older Post | Newer Post