Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Aktiviti seorang penganggur
Sunday 14 April 2013 | 18:47 | 2 comments


Assalamualaikum.



Semenjak jadi pengangur tegar nih, gelaran 'bibik tanpa gaji' pun dah melekat kat aku nih. Hm bibik free pun bibik free lah janji aku dah pandai masak gulai lani. Dulu, mu kata aku ni kasor. Pegang senduk pun takpandai kan?

Lani mu rasa sendiri air tanga ku. Mau dua tiga kali mu menambah nasik tuh kang. Hemboih. Lani sapa patut malu? Hah?


Dulu, mu asyik pelece aku ja kan? Lani baru mu tahu kan! haish.


Ekceli dulu pun aku pandai nak masak lauk pauk nih. Cuma cuma .. err aku malas jaaa. Hewhew. Ekceli aku taksuka sangat lah nak 'melayan' ikan mentah lagi hanyir tuh. Thats wyh lah aku suka masak benda comel comell macam cupcake, chocolate, donut, dan muffin. Alah, apa orang cakap lebih kurang dessert lah. *ish, memilih kau joyah!


Oleh sebab, sebelum nih aku memang suka masak dessert ja, dan sememangnya takpernah nak masak lauk pauk untuk lunch nih, my mum pun cakap. "kakak duk qumah jangan duk jadi ulaq sawa sangat. mak pi sekolah, kak tolong mak masak lauk nah. belajaq jadi anak daqa sama. malas sangat nih. takkan nanti nak jamu laki makan cupcake ja tiap tiap hari .. bla bla bla" *Perghhh menanah telinga jugak woih* Dengan muka tanpa rasa bersalah aku cakap "kak takqeti bersiang ikan lah" (sebenarnya takmau mengaku kata malas) Last, takpasai pasai kena sound "belajaq lah!". 


Tapi kannnn, mak aku nih jenih baik hati, takmau bagi anak dia susah kan. Mak aku siap bersiang dah, cuma aku ambik ja dari fridge then basuh. Setelah dibasuh, aku campak campak ja dalam periuk dan jadi lah GULAI IKAN yang sedap dan lazat walaupun baru percubaan yang pertama. Dan aku juga telah menerima pujian berbakul bakul dari abang, mak dan abah. Ohh okay timbul riak sikit disini. Hewhew :3

Oleh sebab bangga, aku nak share sikit resepi gulai ikan campak aku nih. hewhew. kepada yang baru nak pegang senduk, apa kata awak cuba resepi gulai nih. Senang jaa, main campak ikut suka hati den! Haha



Gulai Ikan errr ikan apa tah. *taktau :3


Bahan bahan :


2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

3 biji tomato dipotong empat

3 keping asam gelugur

1 sudu teh Biji herba

1/2 serbuk kari babbas

minyak

Yang penting sekali ikan lah.
(ikut suka hati ko lah nak letak ikan apa pun. ikan kembong pun boleh)


Langkah langkah :

1. Masukkan minyak dalam kuali dan panaskan. Tumis bawang bersama biji herba sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kari dan tomato. Jika nampak serbuk kari terlampau banyak dan taklarut, boleh tambahkan minyak sikit untuk melarutkam serbuk kari tadi. Kacau hingga nampak keperang-perangan.

3. Masukkan sedikit air dan asam keping. Kacau rata.

4. Masukkan ikan. Kemudian masuk kan air (kuantiti air agak agak ikan boleh tenggelam yaa)

5. Biarkan gulai dengan api perlahan. Tunggu sehingga air ikan keluar dan gulai mendidih. 

*Tip, sila jaga api anda dengan penuh kasih sayang yaa. Jangan biar ia terlalu kuat atau terlalu kecil. ;)


Okay aku dah try buat pun. Sedap ja tekak nak menjamah. First time try tuh. Tekujut jugak ahh air tangan aku boleh jadi sedap macam tu sekali. Bangga wookkks! Haha


#Memang lah entry ni first masakan lunch yang aku update, tapi bukan first time aku masak lunch nah. Take a note. Ni just first time aku masak gulai dan SEDAP ja. Sebelum nih pun aku pandai buat lunch yang simple simple jaa macam sambal udang, ikan masak sweet sour, sotong masak asam. Simple right?  So sebab teruja sangat kalini aku update lah.  Nak share dengan ko. Hewhew :3


Labels: , ,



Older Post | Newer Post