Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Pelangi duka :')
Thursday 18 April 2013 | 11:44 | 0 comments


Assalamualaikum.




hujan dilangit + hujan dimata = pelangi duka :')


Memang sebelum nih aku cuba lupakan kau. Aku cuba jauhkan diri dari kau. Aku cuba renggang dengan kau. Aku cuba buat kau BENCI dengan aku.

Walaupun,

Kau masih lagi rapat dengan aku. masih lagi dekat dengan hati aku. masih lagi ingatkanku pada kewujudan kau. masih lagi buat aku sayangkan kau.

Tapi,

Sekurang kurangnya aku dah CUBA! dan aku mengaku. aku gagal. hati aku memang masih lagi melekat pada kau. mustahil? takpercaya?


Teruskan membaca,

Semalam, aku minta kau lupakan aku. anggap aku dah mati dan takkan muncul dalam hidup kau lagi. hm mulanya, aku cuma nak test ja. rupanya kau dah take it serious right? jadi, kita dah betol betol putus kawan? ohh, sejarah dalam hidup aku weh. putus kawan? memang kau lah orang pertama dan terakhir kawan yang aku mintak dilupakan.

Dan, kau pula dah macam sengaja nak uji ego aku kan?

Bila kau merajuk, kau selalu ja nak emo emo dengan aku kan. bila tak dilayan, kau marah marah aku pulak, suruh pujuk kau lah bagai. kau ingat aku ni pandai sangat ke pujuk? haish. bila rajuk kau dah hilang, pandai pulak kau nak sakit kan hati aku. apa kau ingat aku ni robot, takdak perasaan? bila aku merajuk, kau pun nak merajuk sekali? ohh, bijak betull. aku yang patut merajuk, aku jugak lah yang kena pujuk. great! permainan apakah ini?

Tapi, bila kita dah lancarkan perang dunia ketiga nih. aku rasa tak lengkap pulak hidup aku ni. hm hidup tanpa suara kau. hidup tanpa perangai gila gila kau tu. hidup tanpa lawak bodoh kau. hidup tanpa gelak tawa kau. hidup tanpa rajuk kau. hidup tanpa marah kau. semuanya jadi serba tak kena. 

Takpernah pernah, aku pi dapur bawak handphone, pagi kelmarin aku heret phone pi dapur. selang lima minit aku check phone tuh. nampak ja msg, muka teruja mula terserlah. bila bukak inbox, bercambah msg dari member tapi takdak hati nak bukak. wahh, pandai pulak aku memilih sekarang ni kan. hmm tunggu call dari kau maybe. tapi yang pelik nya, harini baru aku sedar yang aku dah acting macam orang bodoh dah. sadisnya. huhu.

Sekarang, semua benda aku buat mesti teringat kan kau. entah la kau rasa benda yang sama ke tak. tapi aku kat rumah ni dah macam mimpi sambil bukak mata. ^^mula rasa nakpi sambung belajar cepat cepat ni.

Hm, bila basuh pinggan ja, aku teringat soalan kau yang ni "lepas makan kita kena buat apa?", aku pun jawab "basuhh pinggann." padahal kau nak buat benda lain. hihi macam budak budak kan. 

Bila aku mandi, teringat kau kata "pi mandi nuh, dah la busuk. penyegan pulak tuh. rugi suami hampa nanti." dan lepas tu, selamber ja aku balas "janji suami kami bukan hampa". "rugi nyaa aiman" nada sindir kau bagi aku kan.

Bila aku nakpi sembahyang, mesti aku teringat kau. hm yala, aku selalu ingatkan kau tentang solat. "weh, dah mayang belum nih?" common question aku kat kau kan. dan, common answer kau pulak "mesti la belum". kau saja nak bagi aku marah kan, saja nak dengar aku berleter potpet potpet kan?

Banyak moment kita weh. setiap benda yang ada depan aku, mesti akan ingatkan aku pada kau. sampai aku rasa macam satu dunia sengaja nak menzalimi hati aku. nak kasi aku rasa bersalah. nak kasi aku rasa rindu. nak kasi aku demam panas! eh? hihi

Jujur aku cakap, aku takpernah benci hang. aku cuma nak hapuskan rasa yang tah apa apa nih. aku cuma nak kawan ja dengan kau. takmau lebih. dan aku takpernah mintak pun punya perasaan macam ni. tapi, bila kau still contact aku, perasaan tu takpernah pudar malah makin kuat dan utuh. thats why lah aku nak jauhkan diri aku dari kau. dan maybe ini lah cara terbaik untuk aku lakukan. "minta kau anggap aku dah mati." dan, aku akan cuba lupa kan kau.


Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.”


Kata kata ni, kau pernah bagi kat aku. time aku nak join kontes kat blog ni dulu. huhu memang sangat mendalam maksud dia. dan sekarang, kata kata ni dah macam nak bunuh aku ja. "taksemua perpisahan akan menjanjikan adanya pertemuan semula". Jadi, aku kena redha kau hilang dari hidup aku untuk selamanya? Oh, beratnya rasa.

Nak nangis boleh? who care, right?


"Berulang kali kau menyakiti, berulang kali kau khianati,sakit ini coba pahami, ku punya hati bukan tuk disakiti.ku akui sungguh beratnya, meninggalkan mu yang dulu pernah ada.namun harus aku lakukan, kerna ku tahu ini yang terbaik.ku harus pergi meninggalkan kamu, yang telah hancurkan aku.sakitnya, sakitnya, oh sakitnya"
Bukan dia tapi aku - ost sedetik cinta was played. TT_TT



^^kalau kita lafazkan 'take care', kita hanya minta dia jaga dirinya sendiri. tapi kalau kita kata 'fi hifzillah', kita minta Allah jagakan dia. :)



Labels: , ,



Older Post | Newer Post