Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
The best of moment
Tuesday 19 March 2013 | 15:49 | 0 comments


Assalamualaikum.

Macam semua orang tahu, aku dah terpilih ke kem PLKN UUM Sintok. Dan aku telah pun berjaya menerima sijil sebagai pelatih dengan jayanya pada 15 march 2013. 

Sungguh aku tidak pernah menyangka, ku kan rasa begitu bahagia saat bersama rakan seperjuangan dikem sana. Mulanya, ku pikir ku kan rasa duka berpanjangan namun sekarang sebaliknya pula. Rasa keriangan saat bersama ketawa senang. Rasa kehilangan saat berjauhan. Rasa kesunyian saat mahu pulang. Ingin menangis saat berpelukan. Inikah kali terakhir kita bersua muka? Ohhhh! Ibarat luka yang dulu kembali berdarah.


*Apa yang aku mengarut nih? Kenapa over sangat bunyinya?*

Okay, sila cut of record. okay?


PLKN UUM Sintok.

Wahai adik adik sekalian, marilah sini, kakak ingin bercerita. Kisah wira wirawati PLKN Sintok. Baru terima surat, dah maki berjabu. Belum daftar, dah mogok 'takmau pi la ibu'. Sampai di kem, menangeh seminggu. Start aktiviti, mengeluh selalu. Elok lah, baru mula aktiviti ringan dahulu.


Sejak mula aktiviti lasak, semuanya aktif bagai nak rak. Semua kerja rushing rushing belaka, katanya dah tak cukup masa. Habeh semua pelatih turut terseksa. Tapi apakan daya, itu semua jadi petanda. Kasih dan sayang antara kita telah mengajar kita untuk kerjasama. Jika tiada aktiviti lasak, pasti takkan ada pembakar jiwa.


Rindunya rasa suasana di sana. Semuanya harmoni belaka. Pagi pagi dah ada aktiviti. Melompat sana melompat sini. Tapi tak apa untuk kecerdasan diri. Sarapan pulak jangan duk tanya. Semuanya sodap sodap bolaka. Pagi pagi dah minum sup bebola bersama bihun penambah perisa. Ohhh! kenangan bersama.


.....

"Apo kono eh jang? Kao mengarut sajooo.. Ore tak pahee. Apo kao kato. Apo kono eh jang? APo kono eh jang?"


*kuahajo kao jang*


Sumpah cakap weiy, PLKN best gilerr. Takmacam lansung dengan apa yang kau pikir sekarang nih. Kalau kau pi, memang kau akan dapat best moment lah. Denda? Ohh, kau takut denda? Weiy, tak rare la kalau tak kena denda. Yang tu la kenangan manis kita tau. Tapi jangan nak melebih pulak. Qisau jadi kes polis pulak kang. 

Kawad? Takut kawad? Haha kita serupa. But aku tak takut kawad, aku just meluat nak berkawad ja. Hentak hentak kaki, diorang pikir comell kut. Haha yang tu kenyataan aku masa zaman purba dulu nuh. Lani dak dah. Serius aku suka gila berkawad. Macam cinta mati uhh. *overnya* Bila dah kawad jadi. Semua teratur ja tengok memang rasa puas hati betol. Macam nak lagi ja. Tapi malang tidak berbau, kat kem aku takdak pertandingan kawad. Last minute baru cakap yang kawad takdak. Kitaorang semua dah berlatih kawad sampai tak tidur malam. *okay, yang ni auta*

Menembak? Huishh, yang ni paling best uhh. Orang cakap berat, tapi itu semua POYO! Takberat lansung lah. Enjoy lagi ada. Dia bagi kita tembak 16 peluru. Awesome beb! tambah tambah, turn aku menembak kena hari hujan. Memang rare beb! menembak bawah bumbung. Dangan tak nampak target, memang syok ar tekan picu tuh. Hahaha

Selain tu, Flying fox. Ohh well, aku punya takut dengan tinggi ni pun boleh buat flying fox dengan hebat. Tak rare lagi ka centu? Huh! sumpah tinggi ya amat bangunan tu. Baru panjat guna tangga ja kaki dah terketaq ketaq. Tu belum buat lagi. Bila sampai kat atas tu, memang tak tengok bawah laa. Mau kencing meleleh aku kat situ kalau tengok bawah. Punya tinggi. Tapi, bila dah pakai lengkap dia punya tali, bila dah start turun. Wahhhh! best nyaaaa. Bukak mata paling luas beb! Rugi tak tengok keindahan alam waktu cenni. Awesome beb!

Last aktiviti, perghhhhh yang ni yang paling best. Dan takmungkin ku lupa. You know why? Sebab kitaorang ditipu cukup cuhup oleh jurulatih. Nak tau aktiviti apa? Hahaha wirajaya. Tidur dalam khemah selama dua hari satu malam. Bermula lah kisahh, wira wirawati Sintok, berkemas barang untuk ke hutan. Barang dibawa hanya lah terhad. Namun makanan usung, bagai takmahu pulang. Berbaris didewan dengan full loreng. Panas nya rasa macam nak mereng. 

Aku sebagai wirawati kompeni DELTA, ingin masuk hutan, berjuang untuk mempertahankan negara kita yang tercinta, MALAYSIA!

Amboihh, overnya aku time tu. Haha dah takterkawal dah. Serius taksabar gila rasa nak tidur dalam hutan time tu. Dalam pukul 9.00a.m kami keluar kem. Berjalan jaa. Mentang mentang lah hutan tu belakang kem jaa. Suruh kami jalan dengan bawak beg penuh dengan makanan tu. Haishh, takpatot takpatot.

Kami jalan lah dengan penuh kesabaran. Jalan .. Jalann .. Jalannn .. sampai penat. Huh! sampai jugak akhirnya. Aku punya lah eksaited nak pasang khemah *konon, padahai duduk terkangkang dah, letih jalan* tup tup cegu cakap "hampaq poncho jaa, kita masak kat sini dulu, satgi baru kita jalan pi tempat berkhemah". Aku pun, okay!

kumpulan aku punya lah kalut nak masak, ekceli tak sabar nak pi tempat khemah tu. Tu yang masak laju laju tu. Tukang masaknya, AKU. Huh! dah la bab masak lunch ni aku selalu failed. Suruh masak desert ka, okay jugak. Comell, mau jugak aku buat. Cehh, mau takmau, aku kena mau jugak. Kang takmakan tengah hari lah jawab nya. AKu pun mula masak. First, nasik. Tobat failed. Dari darjah3 sampai tingkatan5 memang aku masak nasik selalu tak jadi. Hahaha memang sah sah lah. Berkerak jaa nasik kat tepi tepi mess tin tu. Nasib takdan hangit ja tau. Haha.

Lauknya, Sardin. Everythings is okay. Aku bagi cikgu ika makan and she also say OKAY. So, pass lah tu. Hewhew Apa pun, lauk lunch kami yang tu jaa. Bukan depa tak bagi benda lain. Depa bagi haeh. Ikan masin. Telur. Tapi kami simpan konon nya nak masak dalam hutan nanti. Memang akai cetek sungguh la time tu. Yaala, takkan lah depa takbagi lauk lain nanti petang. Yang gagah simpan jugak tu kenapa lah. Haishhhhh~

Dah habih makan semua, aku relax relax dulu dengan member member aku. Sembang dengan cikgu. Antara dialog nya.

"Cikgu kita camping dalam hutan eh?" member tanya.

"Yaala"

"Ada sungai dak?" aku pulak.

"Adaaa, sungai ada, ayaq terjun ada. Jaga jaga harimau pun ada. Apatah lagi pacat."

"Eeiyy, betoi ka cegu nih?"

"Betoi lah."
Then,kami pun siap sedia lah nak pi tempat kem. Jalan lagi .. dengan perut tengah kenyang. Fuhh! memang berat perut lah time tu. Taklarat jalan kut. Just enjoy ja bila ada member member duk karok. Macam radio bergerak dah dia tu. Makin lama berjalan .. aku makin heran. "Ehh, ni bukan jalan nak balik kem ka?" 


Jalan punya jauh, ini yang kami dapat. Ohh sungguh kejamnyaaa dirimu khianati cinta yang ku beriiiii!


"Ceguuuu! mana sungai? Mana ayaq terjun?!"

Memang wirawati lah yang paling bising. Mau daknya, kena muhung beqadap. Kami percaya bulat bulat pulak tuuu. Hoiyyyyy! aku punya teringin gila nak tidur dalam hutan. Cenni hang buat kat aku. Huh! Kau kecewakan aku. Buka lah dadaku, bawa lah pergi hatiku yang hancur berkecai ini. Taksanggup lagi untuk ku rawatnya. Sudah tiada makna lagi.

*drama semua ni dramaaa*



Apapun, ni lah kenangan kami kan.  Ehh, lupa nak cerita malam terakhir aku ada buat persembahan. Menari weiyy menari. Gilaaa memang gilaaa. Badan aku sememang nya keras macam tiang lampu ni nak menari. Hahaha buruk gila weiy. Kalau aku menari depan cermin, mau tercirit aku gelak kat diri sendiri. Hahaha apa pun aku enjoy. Lantak lah apa orang nak kata, janji aku jadi diri aku sendiri. Kasaq kasaq aku ni pun, minat seni weiy. Sebut ja kaitan dengan seni, memang aku nak join. Menari? aku nakk. Melukis? Konpem nak. Menyanyi? Nak jugak, tapi dalam bilik ayaq ja lah, suara tak sedap. Design graphic? Sabit aku takdak kepakaran bab komputer sangat jaa. Tidakk, memang dah jadi hobi aku dah. Hewhew


Perghhhhh! banyak nya aku taip, naik juling mata bila baca balik. Huh Huh! Ni la di katakan jasad dirumah, jiwa diwirajaya. Ehh! kesitu pulak kan.





Labels:



Older Post | Newer Post