PLKN merentap jiwa
Assalamualaikum.
3 Januari 2013. Harini lah start wira wirawati negara akan bertolak ke kem masing masing. Bagi yang kena daftar 3 januari lah. Dan esok 4januari, means, turn aku lah pulak kena daftar sebagai wirawati negara. (haha gelak pada diri sendirik) Hmm macam takpercaya ja aku terpilih.
Aku yang lemah lembut, sopan bin santun ni kena pi plkn. Takpercayanyaaa! (tampaq pipi) Ohh memang tak disangka sangka aku yang ayu ni kena pi plkn. Kem yang aktivitinya semua lasak lasak. Aktiviti yang agak menakutkan. Tembak menembak, panjat memanjat, berlari, merangkak, lompat, terjun, jatuh, terguling, tertiarap, dan macam macam lagi lah. Tapi jangan pandang sebelah mata, aku yang lembut yang ayu yang sopan ni ... (perasan memang hobi terhebat aku) memang sangat minat aktiviti macam tu. Terlompat lompat macam kera. Panjat sana panjat sini. Lompat dan terjun. Tembak tembak macam askar. (okay, yang ni muhung, aku takut nak pegang senapang actually. Takut salah tembak. Action ja lebih ni)
Serious, memang aku suka gila buat benda mencabar mental dan fizikal nih. Suka ya amat. Nampak ja lemah lembut, tapi sebenarnya kasar hanya Allah ja tau. Harap ayu sebab pakai baju kurung jaaa, padahai rockers antarabangsa! (overnya) Tapi satu ja yang semula jadi. Berjalan. Walk. Yang tu memang semula jadi. Hilang kerockersan aku kat situ. Bhahaha. Damn malu woiy!
Walaubagaimana pun, aku tetap tak suka KAWAD. Rasa macam .. erghhhhhh! *sigh* Tensyen nyaaaa. Apasal kena kawad pulak nih. Haih. Serious, tak suka kawad. Cara aku berjalan dengan kehendak cara berkawad. Ya Allah, memang kontra tahap cipan ar. Acena aku nak kawad nih?! Tak ke rosak kawad tu nanti?! Konfem aku yang selalu kena marah nanti. OhhAllah! acena nih? Nak qeyau!! Hargghhhh! Satu cara ja yang aku boleh buat. Tukar cara jalan. But how? 3 tahun aku cuba tukar tapi tetap takboleh. Takberubah lansung. Mustahil aku boleh ubah dalam masa 3bulan ni jaa. Ridiculous!
Hm apa pun aku mesti cuba dulu kan. Kena marah ka tak kena marah ka tu belakang kira. Mana tahu aku boleh jadi ketua pelatun. Bhahaha bajet suara besar lah tu. Kita takkan berjaya selagi kita takmampu kawal rasa takut kita sendiri. So, Maryam hang boleh! Boleh haih Boleh! okay part cakap dengan diri sendiri.
P/S : Actually, berat hati nak pi nih. Ketaq pala lutut ehh. Harap okay ja lah nanti. Takmau pikiaq dah, biaq Allah ja atuq semua tu. Okay untuk yang keberapa kali ntah aku nak cakap ni, senyum! :)
Labels: PLKN