Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Ahlan wasahlan 2013!
Monday 31 December 2012 | 21:53 | 0 comments



Assalamualaikum.





31 Disember 2012. Means harinilah tarikh yang terakhir yang ada dalam kalender tahun 2012 kan? 

Apa perasaan? seronok, sedih, gembira, bahagia, duka? Apa apa ja lah. Yang pasti semua tu mesti akan tersimpan kemas dalam pale hotak kita, right?

Jujur gua cakap lu, gua sedih gila nak tinggalkan 2012 ni actually. Sebab? sebabnyaa 2012 lah tahun terakhir aku pegang title PELAJAR SEKOLAH. (Tu pun kalau aku tak kena masuk Form6 lah. Hihi)

Berakhirnya tahun 2012 ni, aku dah kena mula berfikiran macam orang dewasa, berkelakuan macam orang dah matang, bersikap ala ala orang dah berumur. Means aku kena berubah lah. Dah takboleh berperangai keanak-anakan lagi dah. Dah takboleh gelak kuat kuat dah. Bak kata orang tua tua 'anak dara kena sopa n, nak gelak pun kena sembunyi sembunyi baru dapat laki mithali'. What the heaven?! tak neutral lah aku nanti. fake je belaka. Taknak lah. Jadi diri sendiri kan best.

"Hm nak ka taknak tetap kena berubah. Takbanyak, sikit sikit pun jadi lah" nasihat mak. "okay mak, I will try my best!"


Berakhirnya tahun 2012, berarti bermula lah perjalanan hidupku yang baru.Berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri. Wah wahh macam bersemangat jer. Hmm semangat? Memang lah. Kita harus kena bersemangat kalau nak maju. Ehh wait. Jangan suka suka dulu. Sebelum maju kehadapan, kita perlukan sedikit azam baru untuk memberi dorongan pada diri untuk lebih bersemangat. "Ehh asal macam pelik ja ayat aku kali ni?"


Azam? azam mana? hensem dak? Ehh kesitu pulak larinya. Haish! ini azam 2013 yang punya lah. Mana ada hensem ke tidak. Azam ni bukan manusia. Hikhik.


Azam aku kalini? Ermm ape eh? Ohyaa, azam aku yang pertama kerja. Kerja sambil belajar. Hmm boleh meqasa duit dari hasil titik peluh sendiri kan. Lagipun, dengan berkerja separuh masa maybe otak aku akan lebih cekap untuk berfikiran terbuka. Tak lah rasa macam katak bawah tempurung sangat kan. So aku akan lebih aktif lah lepas tu. Cehh, berangan cukup kuat. ingat senang nak cari kerja separuh masa lani. Lagi lagi budak lepasan spm, mana lah orang nak layan kan. huhu


Second, aku nak beli smartphone, ipad, dan camera DSLR dengan duit poket aku sendiri. baru berbaloi kan. Hihi. Baru jadi hak aku yang terpelihara. Takdapat beli semua, boleh beli salah satu ja pun jadi lah kan. Tapi yang paling utama lah kan, aku nak beli camera DSLR. Aku suka ambik gambar pemandangan. Dan aku memang teringin sangat nak jadi photographer. Cuma masalah aku, taktau nak edit gambar. Taktau nak guna app mana. Takdak orang nak ajar aku basic basic cara nak edit gambar jaa. Bab snap gambar tu, tak kisah sangat. Yelaa kalau duk selalu snap, mesti la lama lama kita boleh jadi pro kan. Hihi.


Third, aku nak CUBA TRY buang peqangai gelabah aku ni. Huhui. Masalah woo peqangai aku yang satu ni. Huh. Oqang cuit sikit jaa aku dah melatah sakan. Bukan melatah yang cakap bukan bukan tu tapi menggelabah. Gelabah tahap teruk lah. Jadi ketaq semacam ja. Haih payah buat kerja sungguh la laguni. Sebab ni lah aku nak cuba banyak bertenang. Taknak gelabah gelabah dah. InSyaAllah aku boleh. Aiceh.


Hmm aku rasa yang tu ja azam terbaru aku. Yang lain semua sama. Setiap tahun azam aku :

1. Taknak menyusahkan mak abah.
2. Tunaikan perintah Allah, tinggalkan larangan Allah.
3. Jadi kawan yang baik.
4. Memberikan senyuman, menyembunyikan tangisan.
5. Belajar bersungguh sungguh.



 Dan aku berjanji azam yang sama ni akan aku terus usahakan hingga ke liang lahat. InSyaAllah.



P/S : Hanya 3 hari ja lagi yang aku miliki untuk meluangkan masa dengan orang sekeliling aku sebelum aku berangkat ke program latihan khidmat negara di UUM, SINTOK selama 3 bulan. Oh seksanya batin ku. Apa pun aku sayang kawan kawan aku.


Older Post | Newer Post