Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Harap awak faham
Friday 3 May 2013 | 21:12 | 2 comments


Assalamualaikum.





Hi, semua orang ada masalah sendirik kan? ada yang besar tapi saja diremehkan. ada yang kecik ja tapi sengaja dibesar-besarkan pulak.

Orang yang mempunyai masalah ni pun banyak jenis nya jugak. contoh : ada yang suka bercerita, kongsi dengan kawan, ambik pendapat dari orang yang lebih tua. ada jugak yang lebih suka berahsia, pendam sorang sorang, last-last buat kelam macam everythings is okay, relax jerr padahal nyawa dia dah duduk dekat hujung tanduk dah haa.

Dan aku pulak jenis orang yang suka berada kat tengah-tengah antara dua di atas. paham dop? ekekeke maksud aku, aku ni jenis nak cerita jugak, nak kongsi dengan member jugak, nak ambik pendapat orang lebih tua jugak, macam orang lain jugak, tapi tapi nak rahsia jugak, nak belagak relax jugak. ekekeke *semua nak? tamak betol.

Hm, ntah la actually aku taktahu nak cerita kat sapa. nak cerita kat mak, takut kena marah. nak cerita kat abah, tak berani takut kena jerkah. nak cerita kat abang pulak, mesti dia takkan paham punya. nak cerita kat adik, hmm boleh cerita ja laa. member? hm ntah la, kalau benda kaitan dengan hati ni, payah nak dicerita nya. karang disalah tafsir pulok.

Jadinya, aku cerita kat blog ni jela. hm sapa yang baca tu tau lah, sapa yang takbaca tu memang takkan paham la aku ni jenis macam mana. btw, mood aku lani memang tengah sedih. sedih giler derr. taktau nak cakap macam mana, tapi memang sedih lah. berapa banyak sedih da? ekeke eh takpayah nak ekeke sangat lah tengah sedih nih.

Petang tadi, member msg katanya 'dia' update status about me. yeah, kejap tadi aku online, dan memang ya pun 'dia' tujukan statusnya ke aku. dan yeah, 'dia' buat aku rasa bersalah untuk keberapa puluh kali dah haa. hm maybe beratus kali, beribu, berjuta? okay dah melampau sangat tuh. berpuluh cukup lah kan. (-.-) 

'He' update about my surat masa kat kem dulu. jyeah, aku memang suka pun kalau orang duk ungkit kisah silam sampai aku rasa macam nak nangeh melalak sepuas hati, macam nak jerit kuat-kuat dekat tepi telinga 'dia' cakap "jangan buat aku macam ni lah bongok". herghh! ya Allah, kenapa lah 'dia' susah sangat nak faham. dear awak, tolong lah tepati janji. saya mintak benda mudah ja. tepati janji sendiri. thats all. susah sangat ke, yang?


Okay, maybe awak terlupa. sini, mai saya tolong ingatkan yer.

@jangan tengok wall facebook saya.
@jangan cuba nak contact saya.
@jangan usha blog comel saya ni.
@dan jangan cuba ingat kat saya.

Dan, awak cuma perlu tunaikan janji ni dalam masa tiga bulan ni ja. mula dari 20april haritu hingga 20julai nanti. hey benda mudah ja kut. susah sangat ka?


Ehmmm, awak yang decide nak 'putus kawan' dengan saya kan? kononnya susah nak lupakan saya, nak tengok saya bahagia, nak derita sorang-sorang. hm awak ingat saya ni suka tengok kawan saya kecewa? awak pikir saya boleh bahagia atas derita orang lain? awak rasa saya boleh tersenyum riang kalau dalam hati sentiasa ada rasa bersalah? ha? awak pikir saya boleh hidup tenang bila saya tahu saya lah punca awak kecewa?

Thats why lah, saya buat janji ni dan awak pun dah setuju kan. saya kejam? hey, sebab saya sayang awak sebagai kawan lah, saya buat macam ni tahu? kalau saya betul-betul kejam, saya dah lama tak kawan dengan awak tau. saya takkan buat janji yang ntah awak tunai ke tidak ni. baik, saya cakap macam ni.

 "jangan cari aku dah, anggap ja kita cuma kenai dalam mimpi ja, bye!"


Awak, saya buat janji ni sebab saya nak awak uji diri awak sendiri. saya nak awak tahu setakat mana awak sayang dekat saya. saya nak awak pastikan, cinta awak bukan hanya pada kata-kata. bukan hanya pada mulut, tapi hati. even nanti saya tak terima awak jugak, awak masih boleh buktikan pada orang lain bukan? jodoh awak nanti maybe.

Lagipun, kita masih muda lah. bukan waktu jodoh mai lagipun. tolonglah jangan paksa saya buat sesuatu perkara yang mungkin akan buat hati awak lagi terseksa. please, saya mohon. merayu dekat awak sangat sangat.

Hm kalau lah awak faham kenapa saya mintak kita lost contact hanya tiga bulan ni kan, mesti awak akan cuba sedaya upaya untuk tepati janji tu kan. mesti awak akan cuba sedaya upaya jugak pikir pasal benda lain dari pikir pasal saya kan. hmm kalau lah. kalau lah awak faham kan.

Btw, saya mintak maaf sangat. saya faham perasaan awak. tapi dalam masa yang sama saya pun keliru dengan hati sendiri. maaf.


#Hmmmmmmmm aku saja buat teruk melampau. padahal masalah kecik secoet ja pun kan. ekekekeke




Older Post | Newer Post