Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Maryam..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow


Tagboard!


My Post

Ask Me

Thanks Bear

Template 50%: Atin Tory
Editor:rilakuma
Help:
Inikah takdir kita?
Monday 29 April 2013 | 18:38 | 0 comments


Assalamualaikum.



Baru dua hari tak contact, dah rasa macam dunia nak terbalik dah haa. apa yang ada dekat hang pun aku tak tahu lah. sampai aku rasa macam tak lengkap ja hidup aku ni haa. :|


Hm takpe lah, aku kena sabar. kena biasakan diri. sakit ni pun mesti kejap ja ni. nanti lega lah. takkan rasa terbeban dah lepas ni.


Nanti bila dah sambung belajar. dah pergi jauh dari alor setar. dah berubah angin. konfem takkan sakit dah hati ni. konfem takkan jatuh sakit dah macam sekarang nih. sabar yer kejap ja ni. aku cuma perlu kuat sikit ja lagi. kuat kan semangat. tabahkan diri.


Cuma, aku harap hang tak rindu aku lah lepas ni. macam sekarang. dua hari dah hang takcontact aku kan. means, hang tak rindu aku lah, kan? takpa lah weh, kita kekal kan macam ni jela. still kawan, tapi tak contact. aku rasa macam ni lebih baik kut.


Daripada kita terus contact ja setiap hari tanpa renggang, dan bila tiba-tiba kita membisu antara satu sama lain, hm aku pulak cepat je jatuh sakit. entah kenapa, badan jadi lemah longlai. hilang semangat.


Hm dah tiga malam aku takboleh tidur. mula dari malam hang call aku tuh. patot lah malam tu air mata aku keja nak meleleh ja kan. tidur pun still dengan mata yang berair. hm rupanya malam tu hang nak call aku dan .. gaduh.


Btw, pergaduhan tu memang dah biasa bagi kita, kan? setiap kali bercakap mesti nak bertengkar jugak. memang sangat luar biasa lah kalau kita bercakap secara aman dari mula 'hello' hingga 'bye'. sangat pelik.


Tapi cuma bezanya sekarang, pergaduhan kita kini berakhir dimana hang terdiam dan aku juga turut membisu. dan "kami benci hampa" ayat terakhir aku bagi kat hang. great! sedangkan aku takpernah reti pun nak meluat dekat hang. apatah lagi benci.


Dah dua kali dah kan aku bagi ayat tu kat hang?


Hm, maybe kali ni aku dah betol betol tekad nak lupakan hang kut walaupun perit je terasa selama ni kan. (".) suatu hari nanti kita akan terpisah jugak kan. lagipun, selama ni pun kita dekat tapi hakikatnya jauh.


April, bulan yang paling kejam bagi aku.

Pertama, hang kerap sakitkan hati aku.

Kedua, pertama kali kita gaduh. dan yang paling sakit, hari kita gaduh sama tarikh dengan hari lahir hang. hm aku rasa macam aku la manusia yang paling kejam dalam dunia ni tau. aku hadiahkan 'pergaduhan' pada malam berarti buat hang. kawan baik aku. huh padahal ada ja hadiah yang aku beli untuk hang. tapi, gaduh jugak yang aku pilih untuk dijadikan hadiah. even lepastu kita baik balik, aku tetap rahsiakan hadiah tu dari hang. Kejam kan aku? hm hang menyesai dak dapat kawan macam aku ni? (".) mesti la kan. hm sapa boleh tahan dengan ego aku ni kan? kalau ada pun, dia memang superb lahh.


Ketiga, semasa kita gaduh, ada pulak kawan aku sorang lagi buat perangai. kononnya cemburu dengan hubungan aku dengan hang. hm padahal kita kawan ja. dan time tu pun, kita berhenti berkawan sebentar kan? dan tak pasal-pasal aku hilang satu lagi kawan hanya sebab hang. hm redha jela.


Keempat, kita gaduh lagi setelah kita berbaik. what the point is? aku tak faham. kenapa kita harus berbaik kalau kita nak gaduh lagi? semua tu sakit, tahu tak? setiap kali aku teringat dekat hang, mata aku mula berair, hati aku sakit, emosi aku jadi blup blup blup macam taksabar nak meletus dah. dan paling parah, otak aku juga turut sakit. kepala dah macam nak pecah dah.


Hm sudah lah. aku dah penat dengan semua ni. anggap jela macam aku dan hang cuma berkawan dalam mimpi. dan kini terjaga dan ingin meneruskan kehidupan di alam realiti. hanya secebis memori.




Cinta dan beci -music played- 

Bagaimana cara membuatmu bahagia, nyarisku menyerah jalani semua, telah berbagai kata ku ungkap percuma, Agar kau percaya cintaku berharga, Tak kuatku menahanmu, mempertahankan cintaku, namun kau begitu saja, takpernah merindu.
Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun takbisa membenci dirimu,
Sesungguhnya aku takmampu, sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku takbisa, memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa.



# setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. So, teruslah bahagia jangan pernah kecewa. thanks for all. Apapun, aku sayang hang. :)

Labels:



Older Post | Newer Post