Keistimewaan senyuman palsu.
Assalamualaikum ..
Semua orang tak suka ditipu. Dan tak semua orang suka menipu.
Semua orang tahu menipu itu DOSA !
Tapi mengapa masih ada orang yang suka menipu ?
Tidak kah dia tahu menipu itu DOSA ?
Ahh sudah ! Aku tahuu menipu itu DOSA. Tapii aku menipu untuk semua.
Masih berdosakah aku ?
Aku tidak melukakan hati sesiapa.
Dan aku tidak mahu sesiapa terluka.
Itu pun salah kah ?
Haishh ! Sudahh. Apa yang gua duk mengarut nih. Cuba straight to the point jaa. Takpayah lah cakap berbelit belit. Macam paria tahuu.
Okay. Gua nak nyatakan keistimewaan senyuman palsu.
1 - Bila lu marah. Cuba lu senyum. Apa yang lu rasa ?
Rasa hepi balik kan. Terus rasa tenang ja kan. Konfem takkan marah dah lepas tuu. Even yang lu ukirkan di bibir lu tuu hanya lah THE FAKE SMILE only. It will make you laugh alone. Okay, Gua takmau cakap banyak. Lu try lah sendiri sama adik adik lu di rumah. Dun wurri, Tak merbahaya. :)
2 - Lu tengah sedih, tapi kawan lu buat lawak. Ekceli nak bagi lu gelak lah.
Time macam ni lah sesuai lu nak gunakan senyuman palsu lu yang tak berapa lawa tu. Lu kasi dia senyum sikit. Alahh. Sikit ja pun. Takpayah berkira sangat. kesian kawan lu tuu. penad dia buat lawak nak kasik lu gelak. Senyum lah sikit. Nantii bila dia nampak senyuman palsu lu tu . Baru dia tahu yang luu perlukan masa untuk bersendirian. Kan untung macam ni. Konfem kawan kita tak join sedih dengan kita. (gua tak sanggup tenguk kawan gua sedih. baik gua sedih sorang sorang)
3 - Lu jumpak orang tua kat pekan. Orang tua tu senyum kat lu.
Dah nama orang tua, konfem konfem lah banyak kedut kat muka diorang kan. Pastu depa senyum pulak kat lu. Lu pulak mula lah nak berkerut dahi lu yang licin tu kan. Haei. takbaik tau. Orang tua tu punya lah bagi senyuman dengan ikhlas. Lu nak buat muka takpuas hati. Tahu lah diorang senyum takmacam senyuman makwe/pakwe lu yang cantik tertarik kebabom tu. Paling tak pun. Bagi senyum palsu pun kira okay lah. Jangan buat muka tak puas hati. Orang tua tu kan dah tua. (errr -.-)
(number 4. gurls only yer)
4 - Time piyed pi jumpak pakwe, pakwe lu pulak usha minah rempit lain.
Time tu konfem lu bengang kan. Gila tak bengang. Sanggup jalan kaki 10km sebab nak dating dengan pakwe. Dalam perjalanan tu pun lu dah tukar femfers sebanyak sepuluh kali. Tiba tiba dalam duk berdating pakwe pulak berani ngorat minah rempit sebelah. Mentang mentang lah minah tu enjoy naik moto, lu jalan kaki ja kan. Haei. kalau gua pun berasap satu badan. Tapi cuba lu calm down. Lu senyum ja even palsu, senyum itu penting. Gua pasti balak luu nak test lu jeles ka dak ja. Kalau nak lagi menarik dating lu haritu, lu panggil itu minah rempit, lu kasi tahu dia yang balak lu nak ngorat dia. konfem konfem balak luu malu seharian.
5 - Lu sedih pakwe/makwe lu curang.
Time nii gua halang lu duduk dalam bilik. Siyes gua cakap, bila lu baru clash. Lu jangan duk dalam bilik even lu nak tidor. Lu pegi tidur di bilik adik lu ka, abang lu ka, kakak lu ka, or kawan lu. Lu jangan tidur dalam bilik sebab bila lu tidur dalam bilik. gua kompem lu pasti ingat dia. Ya la kan. tiap kali lu nak bergayut dengan pakwe/makwe lu kompem dalam bilik. pakwe/makwe lu kasi hadiah, lu simpan dalam bilik. dalam laci bilik. Kompem lah aura untuk lu senyum palsu pun tak menjelma. Haeii. Lebih baik lu pi berjogging. jumpak kawan, kasi senyum palsu. Lama lama luka di hati lu tuu terubat dengan jumpak kekasih baru lah pulak. Hihi
Akhir sekali gua nak cakap.
Renung renungkan dan selamat beramal.
Okay sudah. tak larat nak menaip dah.